Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sudah setahun sejak Jaecoo Malaysia membuat penampilan sulungnya di Malaysia, dan kini ia telah menjalani penjenamaan semula sebagai Omoda | Jaecoo Malaysia, selaras dengan konvensyen yang digunakan di pasaran luar negara lain. 

Sempena dengan penjenamaan semula ini, pengeluar automotif yang berpangkalan di Wuhu itu turut memperkenalkan  model SUV crossover terbarunya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang dikenali sebagai Omoda C7.

image.png

Dilancarkan secara global tahun lalu, Omoda C7 baharu ini pada asalnya  merupakan model SUV crossover segmen-C terkini jenama tersebut.

Sebaliknya, ia tampil sebagai pasangan kembarnya yang lebih sporty berbanding model C-SUV iaitu, Jaecoo J7.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, C7 menampilkan rekaan yang tajam dan sporty, dimana sebahagiannya mengambil inspirasi daripada model sporty seangkatan, iaitu Omoda C9 dan C5. Ia adir engan termasuk lampu hadapan LED yang tajam dan mengapit gril hadapan berbentuk sarang lebah, garis bumbung SUV coupe yang sporty dengan cermin belakang yang condong, pemegang pintu yang rata, lampu belakang LED, rim aloi gaya  bersaiz 20 inci, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Dari segi saiz, C7 berukuran 4,621 mm panjang, 1,872 mm lebar, 1,673 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,700 mm.

Ini meletakkan C7 setanding dengan SUV segmen C popular lain seperti Kia Sportage, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

image.png

Malangnya, pintu pada unit C7 yang dipamerkan ini dikunci, jadi kami tidak dapat mengakses bahagian dalamannya. 

image.png

Namun, dengan merujuk kepada model spesifikasi global, kita boleh menjangkakan model yang bakal dibawa masuk ke Malaysia akan menerima senarai kelengkapan yang sama, termasuklah skrin infotainmen tengah bersaiz besar 15.6 inci, sistem audio premium Sony, tempat duduk depan berkuasa dengan fungsi pengudaraan dan pemanas, dan banyak lagi.

Dari segi rangkaian kuasa, unit C7 yang dipamerkan di sini ialah varian pacuan semua roda (AWD) dengan pengecas turbo, yang menggunakan enjin 1.6 liter 4-silinder TGDi yang sama seperti pada Jaecoo J7.

Ia berupaya menghasilkan kuasa setalat 194 HP dan 290 NM ke semua roda melalui kotak gear DCT 7-kelajuan. Sebagai alternatif, C7 juga ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV) dengan Sistem Super Hibrid (SHS) yang sama, terdiri daripada enjin hibrid khusus 1.5 liter 4-silinder pengecas turbo dan satu motor elektrik dengan kuasa 201 hp dan tork 310 Nm.

image.png

Gabungan sistem PHEV ini membolehkan C7 hibrid mencatat masa pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat, manakala bateri berkapasiti 18.3-kWh yang diperoleh daripada BYD membolehkan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km dan jarak perjalanan keseluruhan melebihi 1,250 km.

Catatan itu adalah berdasarkan piawaian WLTP.

Dengan pratonton Omoda C7 yang telah pun berlangsung dan penjenamaan rasmi Omoda | Jaecoo diumumkan di Malaysia, ini berkemungkinan besar menandakan lebih banyak model Omoda dan Jaecoo bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Antara model yang dijangka tiba termasuklah SUV segmen-B yang bergaya, Jaecoo J5, serta versi naik taraf dan facelift bagi Chery Omoda 5, yang mungkin akan dikenali sebagai Omoda C5.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri Omoda C7 yang baharu serta model-model lain dari Omoda atau Jaecoo, anda boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2025 yang sudah berlangsung bermula hari ini di MAEPS Serdang  hingga 15 Mei 2025.

Gallery

Tag:

Omoda C7
Jaecoo Omoda C7
Chery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto
Berita Auto
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025
Global

23-12-2025
Berita Auto

17-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025