Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.

image.png

Biarpun, ia belum dilancarkan secara rasminya namun pendaftaran minat sudah pun dibuka.

image.png

Untuk itu, hanya  500 unit pertama sahaja diperuntukkan untuk pasaran tempatan. Apa yang cukup menarik ialah mana-mana pembeli yang membuat tempahan awal dengan bayaran RM500 akan menerima jentera ini pada Ogos 2025.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam dua versi iaitu  enjin petrol dan hibrid (HEV).

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, Tiggo Cross versi Malaysia ini kelihatan sama dengan Tiggo dari Indonesia dan Thailand, di mana ia berasaskan model Tiggo 4 Pro versi facelift yang telah diperkenalkan di China pada tahun 2024. 

Antara ciri reka bentuk utama termasuk lampu hadapan LED  tajam yang mengapit gril hadapan bertatahkan berlian, ada rel bumbung,angkup brek merah, lampu belakang jenis  LED serta hadir dengan pilihan rim aloi bersaiz 17 atau 18 inci.

Dari segi dimensi, Tiggo Cross berukuran 4,318mm panjang, 1,830mm lebar, 1,670mm tinggi dan jarak antara roda sejauh 2,610mm.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, kedua-duanya dilengkapi skrin berkembar 20.5-inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, lampu ambien pelbagai warna, tempat duduk hadapan laras kuasa enam hala dengan fungsi pemanas dan pengudaraan, kawalan iklim dwi zon dengan ventilasi khusus di belakang, pengecas tanpa wayar, kamera pandangan 540 darjah, serta sistem audio enam pembesar suara dan banyak lagi. 

Namun, hanya versi HEV dilengkapi sokongan lumbar.

image.png

Dari segi trenkuasa, Tiggo Cross versi spesifikasi Malaysia ditawarkan dalam kedua-dua varian HEV dan ICE  turbo, dimana  varian HEV menggunakan sistem Super Hybrid (CSH) baharu dari Chery. 

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, trenkuasa HEV ini terdiri daripada enjin petrol  4 silinder 1.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 97 HP dan 118 NM, serta digabungkan dengan transmisi hibrid khas 3-kelajuan (DHT) dan motor elektrik. Jadi, ia boleh menhamburkan kuasa setakat  201 HP dan 310 NM.

Untuk itu, ia mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam masa 9.6 saat.

Beralih pada kuasa, varian petrol menerima enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 145hp dan 210Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar enam kelajuan.

Jadi, jika anda berminat, anda boleh mengunjungi booth Chery di MAEPS, Serdang bermula dari esok hingga 15 Mei ini.

image.png

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo Cross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.

24-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026