Link Copiedcheck_circle
EV

MGS5 Bakal Dilancar, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Honda e:N1?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya  MGS5 EV yang dinanti-nantikan akhirnya akan  dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan, dalam beberapa jam lagi.

MGS5 EV ini sebenarnya telah dipratonton secara berperingkat, bermula dengan penyiaran imej teaser, diikuti dengan pendaftaran minat, pratonton media eksklusif dan terbaru, pratonton awam di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

image.pngimage.png

Jadi, hari ini sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui Harga sebenar jentera itu memandangkan sebelum ini harga anggarannya dikatakan bermula dari RM115,000

Mengimbas Kembali, MGS5 EV sebenarnya adalah versi eksport MG ES5, yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lepas. SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM. 

Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini. 

image.pngimage.png

Apa yang kami tahu setakat ini ialah MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX.

Bagi varian MG S5 Com, ia menerima bateri LFP 49kWj dimana ia mampu memberikan jarak gerak 340 km dalam kitaran WLTP, manakala MG S5 Lux pula diberikan bateri LFP 62 kWj bagi memberikan jarak gerak sejauh 430 km.

image.pngimage.png

Semua varian dilengkapi dengan tork 168hp dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD) yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokongan pengecasan 7kW AC.

Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit manakal varian Com boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 120 kW.

Varian LUX secara eksklusif menampilkan bateri 62 kWj, serta hadir dengan pelbagai ciri premium, termasuk roda aloi 18 inci, bumbung  panoramik,  tempat duduk pemandu boleh laras secara berkuasa, hadir dengan stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu belakang berkuasa, dan terdapat kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.

Ia juga didatangkan dengan fungsi   Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara, instrumen digital 10.25 inci dan sistem sambungan MG iSMART.

Ruang butnya pula  seluas  1,441 liter .

Sebagai makluman, MGS5 EV  ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.

Apapun, teruskan Bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MGS5 ini.

Gallery

Tag:

MGS5 EV Launch
MGS5 EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Kereta Baru
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
EV
Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900

Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900

Harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.

27-10-2025

Berita Terkini

EV
Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026