Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan sudah pun mengarahkan dua aplikasi e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim menghentikan operasi masing-masing berkuat kuasa 24 Julai ini kerana didakwa beroperasi secara haram.

Susulan arahan itu, ia mencetuskan perdebatan hangat kerana tindakan menghentikan operasi servis itu memberi kesan yang mendalam terhadap pemandu di luar bandar  yang bergantung pada platform ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sebaliknya, Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) pula berpendapat perkhidmatan itu mengenakan kadar komisen paling rendah di pasaran Malaysia sekali gus membolehkan pemandu mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Malah, menurut TPAD ramai pemandu memilih platform inDrive dan Maxim kerana ia menawarkan lebih fleksibiliti serta struktur komisen yang lebih mesra pemandu. 

Hakikatnya, walaupun ia membantu golongan pemandu luar bandar untuk menjana pendapatan namun cara mereka sebenarnya salah di sisi undang-undang. 

Ini kerana dakwa Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) kebanyakan pemandu Maxim dan inDrive  tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Dikhabarkan,  kedua-dua syarikat ini juga tidak mempunyai  Permit Kenderaan e-Hailing (eVP) yang sah.

Untuk makluman, bagi sesiapa yang ingin menjadi pemandu ehailing, pemandu kenderaan persendirian boleh mendaftar untuk menjalani kursus latihan lesen memandu vokasional (PSV) di mana-mana pusat latihan memandu vokasional yang diiktiraf JPJ di seluruh Malaysia. JPJ akan mengeluarkan lesen PSV baru untuk menunjukkan bahawa seseorang itu adalah pemandu syarikat seru-pandu. 

Kenderaan-kenderaan persendirian yang digunakan untuk tujuan perkhidmatan seru-pandu ini juga perlu ditukar cukai jalan daripada kenderaan persendirian kepada cukai jalan kenderaan persendirian (e-hailing), selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 12(3) dan Seksyen 12(4) APJ 1987.

Pendek kata, peraturan untuk menjadi pemandu e-hailing, anda wajib mempunyai lesen PSV dn setiap kenderaan mesti mempunyai eVP yang dikeluarkan oleh platform berlesen.

Sedar dengan peraturan itu, TPAD tetap  mendesak MoT menjelaskan isu ini lagi walaupun sudah terang lagi bersuluh!

TPAD mengakui bahawa tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia sektor ini adalah penting demi keselamatan dan keteraturan awam. Namun, sebarang tindakan yang memberi kesan besar terhadap sosioekonomi negara perlu disertakan dengan penjelasan terbuka yang telus serta disokong oleh kajian dan data yang kukuh.

Presiden TPAD, Nathan Mathivanan, berkata, pekerjaan itu adalah punca rezeki kepada kebanyakan pemandu  terutamanya di kawasan luar bandar dan pekan kecil.

“Persoalannya, sekiranya persaingan dikurangkan, bagaimana pasaran sedia ada mampu terus menyokong kebajikan pemandu?” Kesan kepada penumpang juga tidak boleh diketepikan. Dengan kurangnya pilihan penyedia perkhidmatan, persaingan harga mungkin terjejas, sekali gus membawa kepada kemungkinan kenaikan tambang atau penurunan kualiti perkhidmatan.

“Beberapa negara lain telah memperkenalkan struktur tambang yang disarankan oleh kerajaan untukmenjamin keadilan dan ketelusan dalam sektor e-hailing,” katanya.

Itu mungkin pendapat TPAD namun   jika membenarkan perkhidmatan secara haram ini terus beroperasi, ia sebenarnya menimbulkan risiko terutama penggunaan kenderaan yang tidak selamat, pemandu tidak berlesen dan sekali gus menurunkan standard perkhidmatan.

image.png

Ketika pemandu-pemandu e-hailing lain berusaha mematuhi undang-undang dan menanggung kos Lesen PSV, Insurans E-Hailing serta pemeriksaan kenderaan, mengapa Maxim dan inDrive juga tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan?

Misalnya, platform berlesen seperti Grab dan AirAsia Ride juga sanggup mematuhi peraturan kerajaan dan  menyerap kos tambahan untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, inDrive dan Maxim pula  mengelakkan peraturan ini kerana enggan menanggung kos yang tinggi. 

Jika inDrive dan Maxim ingin terus beroperasi di Malaysia, maka mereka mesti mematuhi undang-undang yang sama seperti orang lain.

Terdahulu, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menerusi kenyataan turut dilaporkan mendakwa, kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan mereka tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Menurut APAD, dua syarikat e-hailing berkenaan didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

"Ini termasuk tidak memastikan pemandu-pemandu mereka memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti yang telah diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

"Perbuatan ini bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mempunyai Lesen PSV yang sah, malah turut menjejaskan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka kerana pemandu yang dibenarkan beroperasi tanpa memiliki Lesen PSV yang sah, juga tidak memiliki Insurans E-Hailing selain tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti terma dan syarat yang telah ditetapkan," katanya.



Gallery

Tag:

Association for Land Public Transport Transformation (TPAD)
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Ministry of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?

Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.

06-11-2025
Berita Auto

APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.

03-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

22-10-2025
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.

04-08-2025
Berita Auto

Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?

Ramai tak daftar dengan persatuan bas sekolah, situasi itu dianggap sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.

09-07-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto