Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembinaan Projek  Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus  sehingga April 2025. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pembinaan stesen ECRL pula berada di tahap memuaskan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2026 bagi mempersiapsiagakan fasa pengoperasian infrastruktur nasional itu.

Buat masa ini,menurutnya, sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak buatan syarikat CRRC Dalian diperuntukkan bagi pengoperasian ECRL, yang mana set pertama dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

"Tren EMU ini akan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) apabila memulakan operasi komersialnya kelak pada Januari 2027 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dengan masa perjalanan selama empat jam sahaja.

image.png

"Malah,  Projek ECRL  telah memperuntukkan sebanyak 12 set E-Loco dari CRRC  Dalian bagi tujuan pengangkutan kargo, di mana set yang  pertama juga akan tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini," ujarnya.

Untuk makluman, testing and commissioning bagi Projek ECRL  dijadualkan bermula pada Jun 2026, bagi memenuhi garis panduan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan  penumpang.

"Saya yakin dengan perkembangan yang memberangsangkan  ini, ramai pihak teruja dan tidak sabar untuk menaiki ECRL  dalam tempoh kurang dari dua tahun lagi.

"Justeru, kami akan  terus berusaha serta mengadakan perbincangan dengan pihak  berkepentingan Projek ECRL agar struktur tambang tiket  penumpang yang ditetapkan pada masa akan datang adalah  berpatutan dan mampu untuk dinikmati semua masyarakat," tambahnya.

Gallery

Tag:

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Anthony Loke
CRRC Corporation Limited (CRRC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek

Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.

18-09-2025
Berita Auto

Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.

11-09-2025
Berita Auto

Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Nampaknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji mengenai cadangan untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Pasir Mas.

23-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.

16-07-2025
Berita Auto

Tiada Cadangan Untuk Perluas ETS Ke Pantai Timur

Kerajaan masih belum ada cadangan untuk memperluaskan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke pantai timur kerana masih belum ada kemudahan landasan untuk operasi tren elektrik.

15-07-2025
Berita Auto

Perhatian! Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Bukannya Ditutup Tetapi Ada Laluan Lencongan

Leburaya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bukannya ditutup sepenuhnya sebaliknya hanya dilencongkan.

14-07-2025
Berita Auto

Projek ECRL: MRL Diminta Pastikan Projek Tidak Berdepan Dengan Gangguan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sudah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

10-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Anggota JPJ Mula Guna Kamera Badan November Ini, Tiada Lagi Rasuah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melengkapkan semua anggota penguatkuasanya dengan alat perakam badan (BWC) dalam usaha meningkatkan integriti.

14-10-2025
Berita Auto

P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App

PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).

14-10-2025
Berita Auto

Pemandu Maut, Kereta Masuk Sungai

Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, petang semalam akhirnya ditemui.

14-10-2025
Berita Auto

iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!

iCaur Malaysia memperluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan perasmian cawangan baharu di iCaur Damansara melalui kerjasama dengan syarikat pengedaran, Carramax Luxe Sdn. Bhd.

13-10-2025
Berita Auto

Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

13-10-2025
Berita Auto

Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan

Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.

13-10-2025
Berita Auto

Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law

RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.

13-10-2025
Berita Auto

Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.

13-10-2025