Link Copiedcheck_circle
EV

SPYSHOT: 2 Imej smart #5 Didedahkan, Nampaknya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Biarpun, Malaysia  Autoshow 2025 (MAS 2025) hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk  membuka tirainya, muncul pula gambar-gambar teaser  smart #5 yang dihantar kepada kami semalam. 

Ini bermakna, model ini sudah bersiap sedia untuk memasuki pasaran Malaysia, tidak lama lagi. Ini kerana berdasarkan dua imej yang disiarkan di Facebook smart Malaysia tertera logo smart dan smart#5  serta kapsyen:  "Bold New Adventures are just ahead. The spirit of discovery is calling — are you ready?

Screenshot-2025-05-06-102443.png

Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang didedahkan.

image.png

Nampaknya, model baharu ini bakal melonjakkan lagi nama jenama smart  memandangkan jenama Proton e.MAS sudah pun berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi tajuk utama.

Jenama yang didedahkan pada Ogos tahun lalu ini   dikendalikan oleh Geely  dan dimiliki bersama' oleh pengasas asalnya, Mercedes-Benz. smart #5 ini juga adalah antara model paling besar jenama itu berbanding  dengan smart #1 dan #3.

Bagi model baharu ini, ia tampil dengan daya tarikan yang lebih lasak dengan keupayaan pemanduan off-road yang boleh dibanggakan.

Ia yang dibangunkan berdasarkan platform Geely PMA2+, ditawarkan dengan empat pilihan rangkaian kuasa di China.

Yang paling berkuasa sudah tentunya varian tertinggi Brabus, yang menggunakan sistem motor berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 646 PS sekali gus membolehkan ia mampu memecut ari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.

Untuk pek bateri pula, terdapat dua pilihan kapasiti iaitu 76 kWh dan 100 kWh, di mana bateri berkapasiti 76 kWh  menggunakan teknologi LFP manakala yang kedua menggunakan nickel manganese cobalt (nmc).

Dengan platform  PMA2+ yang beroperasi bersama susun atur elektrikal 800V, membolehkan ia menerima pengecasan pantas DC sehingga 4C.

image.png

Selain itu, apa yang yang kita boleh jangkakan pada model ini, ia berkemungkinan besar akan hadir dengan skrin sesentuh infotainmen AMOLED berkembar 13-inci, panel instrumen digital 10.3-inci, sistem audio baharu dengan 20 pembesar suara oleh Sennheiser, head-up display dengan ciri augmented reality  dan banyak lagi.

Apapun, model ini yang akan ditayangkan pada MAS 2025 nanti membuatkan kami berani bet bahawa PRO-NET bakal melancarkan  smart #5 secara rasmi di Malaysia sama ada pada suku ketiga atau suku keempat pada tahun ini. 

image.png

Andaian ini kelihatan berasas memandangkan  pengecualian cukai import untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU) dijadualkan tamat pada 31 Disember 2025.

Jadi, kami berpendapat  PRO-NET mungkin akan mempercepatkan pelancaran lebih awal iaitu pada suku ketiga. Kami juga tidak menolak kemungkinan bahawa model #5, #1 dan #3, akan dipasang secara tempatan pada tahun ini.

image.png

Teruskan bersama Carz.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #5 pada pameran MAS 2025 yang akan berlangsung dari 9 Mei - 15 Mei 2025 di Maeps, Serdang, Selangor. 


Gallery

Tag:

smart Malaysia
smart #5
Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

10-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV

2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.

14-02-2025
EV

smart Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Acara smartAWAY Gathering Bersama Pelanggan

smart Malaysia telah menyambut kejayaan ulang tahun pertamanya dengan acara istimewa bersama pelanggan, smartAWAY Gathering pada 14 Disember 2024 lalu.

20-12-2024
Berita Auto

Jom Tengok kereta smart Di Sunway Pyramid, Mana Tahu Berkenan!

smart Malaysia kini mengadakan smart Tour Brand Roadshow di pusat beli-belah Sunway Pyramid, bermula hari ini hingga 20 Oktober 2024.

16-10-2024
Berita Auto

Pertandingan Video Pendek 'Electrifying The Future' smart Malaysia Dapat Sambutan – Habuan Berjumlah RM14,000 Menanti

smart Malaysia dan University of Wollongong Malaysia (UOW Malaysia) mengumumkan penyertaan sebanyak 18 kumpulan pelajar dalam pertandingan ‘Electrifying The Future’.

25-09-2024
EV

smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.

20-09-2024

Berita Terkini

EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025