Link Copiedcheck_circle
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Chery-Tiggo8PHEV-CSH-CIBS2025-2.jpg


Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026, dalam usaha untuk merancakkan lagi permintaan pengguna dan menjadikan negara itu hab utama pengeluaran kenderaan generasi baharu di rantau ini. 


Cukai Berdasarkan Jarak Perjalanan Elektrik 


Menurut laporan Bangkok Post, antara perubahan utama adalah pemisahan dasar cukai PHEV daripada kenderaan hibrid biasa (HEV). Kini, kadar cukai hanya bergantung kepada jarak pemanduan kuasa elektrik sahaja, sekali gus menggugurkan syarat lama tangki bahan api 45 liter yang dianggap lapuk.


web_CariCarz_Launch_Jaecoo-J7-PHEV_-2.jpg


Timbalan Menteri Kewangan Thailand, Paopoom Rojanasakul, menyifatkan peraturan terdahulu sebagai penghalang kepada pelaburan dan penerimaan pengguna.


Lebih Jauh, Lebih Jimat Cukai


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-Briefing-2.jpg


Di bawah dasar baharu ini, PHEV dengan jarak elektrik 80 km ke atas hanya dikenakan cukai 5%, manakala PHEV dengan jarak di bawah 80 km dikenakan cukai 10%. Langkah ini dijangka memberi kelebihan kompetitif kepada Thailand dalam menarik pelabur automotif yang menyasarkan pasaran tempatan dan eksport.


Permintaan PHEV di Thailand Masih Tinggi


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-6.jpg


Naib Pengerusi Persekutuan Industri Thailand, Surapong Paisitpatanapong berkata langkah ini selari dengan kehendak pengguna yang mahukan EV berjarak jauh. Menurutnya, sambutan terhadap kenderaan elektrik masih positif, seperti yang dilihat di Bangkok International Motor Show baru-baru ini.


Malaysia Masih ‘Terkial-Kial’?


Di sebalik perkembangan positif di Thailand, Malaysia masih bergelut dengan ketidakpastian dasar. Dengan pengecualian cukai import CBU model elektrik bakal berakhir pada 2025 dan CKD pada 2027, industri automotif tempatan mula ‘resah’.


Walaupun Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menyasarkan 20% jualan kenderaan elektrik (xEV) menjelang 2030 dan 80% menjelang 2050, setakat ini belum banyak tindakan konkrit diumumkan.


Baca: Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM


Industri Masih Menantikan Arah Tuju Jelas


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-43.jpg


Lima bulan telah berlalu dalam tahun 2025, namun dasar berkaitan xEV masih kabur. Ramai pemain industri enggan komited terhadap pemasangan tempatan (CKD) selagi tiada jaminan sokongan jangka panjang.


Tanpa strategi menyeluruh dan berterusan, Malaysia berisiko terus tertinggal dalam perlumbaan xEV serantau, lebih-lebih lagi di saat negara jiran seperti Thailand sudah pun melangkah ke hadapan.

Baca: Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Sumber: Bangkok Post

Tag:

PHEV
PHEV Thailand
Cukai PHEV
Cukai PHEV Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

10-03-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Global

05-01-2026
Berita Auto

25-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Global

04-06-2025
Global

29-05-2025

Berita Terkini

EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026