Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiga Gajah Naik Minyak, Lanyak Vios Sampai Remuk Sebab Kenderaan Belakang Bunyikan Hon

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Angkara bunyi hon, tiga ekor gajah naik minyak apabila merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios sehingga hancur namun si pemandunya sempat melarikan diri. Kejadian berlaku di berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat Sungai Lebey, Gerik, malam tadi.

Beberapa gambar yang tersebar meluas di internet menunjukkan kereta berwarna putih itu  hancur  dilanyak tiga gajah berkenaan. Bampar keret itu dilihat tercabut manakala semua cermin kenderaan itu juga hancur.

image.png

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu Toyota Vios memberhentikan kenderaannya apabila mendapati sekumpulan gajah sedang melintas jalan sebelum hon dibunyikan oleh kenderaan yang berada di belakangnya.

"Pengadu (mangsa) memberhentikan kereta dan mematikan lampu, namun terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya.

"Pemandu dalam keadaan panik sempat keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Sesudah kawanan gajah terbabit beredar, pengadu hadir ke balai polis untuk membuat aduan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan  tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain apabila berhadapan dengan gajah.

Gallery

Tag:

Gerik - Jeli
Gajah naik minyak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026