Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sekiranya anda terlepas pandang, siri perlumbaan Super GT Jepun  akan kembali ke Malaysia pada tahun ini, dan ia akan menampilkan perlumbaan sulung Toyota GR86 Cup Malaysia sebagai acara sokongan di  Litar Antarabangsa Sepang, pada Jun ini.

Pendek kata, Malaysia akhirnya akan menyaksikan perlumbaan GR86 Cup tersendiri pada tahun ini selepas 12 tahun perlumbaan ini menghilangkan diri dari bumi Malaysia.

Siri perlumbaan untuk  model ini telah terbukti menjadi acara perlumbaan peringkat permulaan yang popular di seluruh dunia, malah menarik penyertaan daripada selebriti terkenal dan tokoh ternama di setengah pasaran.

Untuk itu, penganjur  perlumbaan berkenaan, Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd  telah memulakan penjualan Toyota GR86 Cup Car secara tempatan. Sesuai dengan jumlah yang terhad, jualan unit ini hanya dijual kepada para peserta siri perlumbaan tersebut.

image.png

Sebenarnya, hanya 30 unit Toyota GR86 Cup Car yang akan ditawarkan oleh Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd  untuk tujuan itu berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.

Setiap unit dijual pada harga RM208,315 termasuk cukai jualan dan kos Permit Kelulusan (AP) bagi sukan permotoran.

image.pngimage.png

Sebagai perbandingan, model GR86 versi atas jalan raya yang ditawarkan secara rasmi oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dijual pada harga bermula dari  RM295,000 untuk versi transmisi manual 6-kelajuan (6MT), manakala RM305,000 untuk transmisi automatik 6-kelajuan (6AT).

image.pngimage.png

Apapun, kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan di bawah kategori SP1 Siri Kejohanan Malaysia 2025.

Setiap kereta juga mempunyai berat kira-kira 1,290 kilogram termasuk berat badan pemandu. Oleh itu, setiap GR86 Cup Car juga dianggap tidak sah untuk kegunaan jalan raya, dan penggunaannya di jalan awam adalah dilarang.

Biarpun, harganya lebih rendah daripada versi kereta jalan raya sebenar, GR86 Cup Car hadir dengan pelbagai penambahbaikan untuk perlumbaan.

Antaranya termasuk penambahan keselamatan wajib seperti sangkat keselamatan perlumbaan yang diperakui JAF, tempat duduk bucket siri Bride ZETA yang diluluskan FIA dengan abah-abah 6 titik yang serasi dengan HANS, serta sistem pemadam kebakaran.

image.pngimage.png

Dari segi trenkuasanya, ia disumbat engan   enjin 2.4 liter ‘Boxer’ atau 4 silinder rata selain  ditambah dengan sistem ekzos prestasi penuh Fujitsubo untuk membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat  228 hp dan tork 250 Nm.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, sistem pacuan roda belakang (RWD), transmisi manual 6-kelajuan, dan LSD Torsen dikekalkan. Namun begitu, transmisi kini dilengkapi dengan klac perlumbaan Cusco yang dinaik taraf, serta terdapat sistem penyejuk transmisi tambahan.

image.png

Bagi casis pula, GR86 Cup Car menerima modul stereng kuasa elektrik yang ditala semula, penyerap hentak KW Racing,  suspensi TRD, serta angkup brek monoblok Advics dengan empat piston di hadapan dan dua piston di belakang yang mencengkam cakera brek bersaiz 345 x 30 MM (hadapan) dan 330 x 26 MM (belakang).

Untuk komponen roda, setiap GR86 Cup Car dilengkapi dengan rim aloi tempa Raxer RP10X bersaiz 8JJ x 17 inci yang ringan dan tahan lasak serta, dipadankan dengan tayar Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17 yang mana ia memberikan cengkaman tinggi.

image.png

Perlumbaan sulung GR86 Cup Series Malaysia 2025 akan berlangsung serentak dengan Super GT di Sepang, bermula dari 26 Jun hingga 28 Jun nanti. 

Gallery

Tag:

Toyota GR86
Toyota GR 86 Cup Car
Autobacs Super GT Championship
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-01-2026
Global

30-09-2025
Berita Auto

22-05-2025
Global

07-11-2024
Gaya Hidup
Kereta Baru

16-08-2024
Global

15-07-2024
Global

30-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026