Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentayga-Speed---4.jpg


Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia. Pengumuman ini disahkan oleh Bentley Kuala Lumpur (Wearnes Quest Sdn Bhd) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan minggu ini.


Jauh Lebih Berkuasa, Pecutan Setanding Porsche 911


Bentayga-Speed---1.jpgBentayga-Speed---3.jpg


Bentayga Speed 2025 hadir dengan perubahan ketara pada enjin. Enjin W12 6.0 liter turbo kembar yang menjadi simbol jenama Bentley kini digantikan dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar baharu. Walaupun kapasiti dan bilangan silinder lebih kecil, enjin V8 ini lebih ringan sebanyak 42 kg dan menghasilkan kuasa lebih tinggi iaitu 641 hp dan tork 850 Nm, peningkatan sebanyak 15 hp dan 50 Nm berbanding enjin W12 sebelum ini.


Dengan enjin baharu ini, Bentayga Speed mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat, setanding dengan prestasi Porsche 911. Kelajuan maksimumnya dikatakan mencecah 310 km/j.


Mod Pemanduan Sport Diperbaharui 


Bentayga Speed dilengkapi mod pemanduan Sport yang dikemaskini dengan penyerap hentak (damper) yang 15% lebih keras dan intervensi kawalan kestabilan yang dikurangkan, membolehkan pemandu menikmati sudut drift yang lebih mengasyikkan. 


Bentayga-Speed---14.jpg


SUV ini turut dilengkapi sistem stereng roda belakang (Rear-Wheel Steering, RWS) serta pilihan ekzos sport standard atau sistem titanium Akrapovič dengan empat muncung ekzos.


Bentayga-Speed---10.jpg


Bentayga Speed baharu ini dipasangkan dengan rim rekaan eksklusif berukuran 22 dan 23 inci. Versi 23 inci datang dengan pilihan brek karbon-keramik. Di luar, logo ‘Speed’ disematkan pada sisi badan yang menonjolkan identitinya sebagai model paling berkuasa.


Kabin Mewah Dengan Identiti ‘Speed’


Bentayga-Speed---16.jpg
Bentayga-Speed---18.jpgBentayga-Speed---17.jpgBentayga-Speed---20.jpgBentayga-Speed---19.jpg


Memasuki ruang kabin, antara ciri yang menyerlah ialah skrin instrumen digital dalam rekaan khas untuk varian Speed. Logo ‘Speed’ juga terdapat pada papan pemuka (dashboard) dan ambang pintu. Aura merah jenama Bentley terserlah daripada penggunaan upholsteri kulit quilt yang penuh perincian hasil potongan tangan. 


Tempahan Bentayga Speed di Malaysia


Bagi yang berminat untuk memiliki Bentley Bentayga Speed 2025, tempahan kini dibuka di Bentley Kuala Lumpur dengan harga yang bermula daripada RM2.8 juta, tidak termasuk pilihan tambahan dan kos atas jalan. 

Tag:

Bentley Bentayga Speed 2025
Bentley Bentayga Speed
Bentley Bentayga
Bentley Malaysia
Tempahan Bentley
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-02-2026
Kereta Baru

09-10-2023
Global

11-05-2023
Global

22-02-2023
Global

19-04-2022
Berita Auto

16-11-2021
Global

02-02-2026
Kereta Baru

18-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026