Link Copiedcheck_circle
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi memandangkan imej Mazda CX-5 bocor di  bocor yang dipaparkan di atas diperoleh halaman Instagram Car Design News, baru-baru ini.

Susulan itu, sumber dalaman mendedahkan  bahawa model yang dipaparkan ini mirip dengan prototaip yang pernah dilihat ia diuji di jalan raya baru-baru ni.  Biarpun bentuk kelihatan sama namun  jelas kelihatan bahawa hampir semua panel badan luaran telah direka semula.

image.pngimage.png

Perkara yang paling menonjol adalah lampu hadapan baharu, yang kini lebih  melengkung masuk ke dalam gril, di mana gril tersebut turut menampilkan corak sisipan baharu serta aksen krom lebih nipis, selain masih mengekalkan bentuk signaturnya.

Malah, ia turut dipadankan dengan bampar hadapan  yang lebih berukir.

Mazda CX-5 baharu ini juga dilihat masih mengekalkan pelapik lengkuk roda plastik iaiu ciri tipikal bagi kebanyakan crossover SUV yang bertujuan untuk menampilkan luaran yang lasak. Bagi varian dan model lebih tinggi, pelapik ini dijangka akan dipadankan dengan warna badan.

image.png

Malangnya, tiada gambar bahagian belakang didedahkan  namun gambar intip ini menunjukkan CX-5  ini akan menampilkan rekaan sepenuhnya baharu di bahagian belakang dengan lampu belakang LED yang lebih langsing. 

Melihat rekaannya, kami mendapati rekaannya sebenarnya  mendapat inspirasi daripada model seperti CX-60.

image.png

Untuk makluman anda, Mazda CX-5 generasi ketiga  ini sebenarnya sudah lama dinantikan. Apa yang diketahui setakat ini, ia akan hadir dengan rangkaian kuasa hibrid siri-paralel Skyactiv-Z (self-charging). Perkara ini sebenarnya telah disahkan oleh pengeluarnya dari Hiroshima.

Rangkaian kuasa hibrid baharu ini bertujuan menawarkan penjimatan bahan api lebih baik serta prestasi yang lebih mantap, namun sumber dalam talian melaporkan bahawa pilihan hibrid ini tidak akan ditawarkan semasa pelancaran awal – sebaliknya hanya akan tiba menjelang akhir 2027.

Memandangkan gambar Mazda CX-5 telah bocor, nampaknya ia sudah memberi petanda bahawa ia mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.  Jadi, nantikan butiran selanjutnya dalam tempoh terdekat ini,.

Apa pula pendapat anda tentang rekaan baharu ini? Kongsikan di ruangan komen…


Gallery

Tag:

Mazda CX5
Mazda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.

23-04-2025

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025