Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Honda-Malaysia-fuel-pump-recall-2025.jpg


Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah atau impeller pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi. Kerosakan komponen ini berisiko menjejaskan enjin dan keselamatan.


87,490 Unit Kenderaan Berdepan Risiko Kerosakan


Screenshot-2025-06-10-at-15.21.54.png


Senarai model kenderaan yang dipanggil balik kerana isu impeller mengembang.


Dalam kenyataannya, Honda Malaysia memaklumkan bahawa bilah pam bahan api yang rosak boleh mengembang selepas terendam dalam bahan api untuk tempoh yang lama. Ini boleh menyebabkan kenderaan gagal dihidupkan atau enjin mati secara tiba-tiba semasa pemanduan. Isu ini melibatkan 84,073 unit kenderaan daripada 10 model tersenarai.


Screenshot-2025-06-10-at-15.22.03.png

Senarai model kenderaan yang dipanggil balik kerana isu membabitkan pam bahan api tekanan tinggi.


Sementara itu, pam bahan api tekanan tinggi pada model yang dipanggil semua pula berisiko retak akibat tekanan dan penggunaan dalam tempoh masa yang lama, sekali gus boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau petrol dalam kabin. Sebanyak 3,417 unit yang terdiri daripada model Civic dan CR-V terlibat. 


Tukar Secara Percuma, Termasuk Model Tamat Waranti


web_Accord-9_2016-2017.jpgweb_HR-V_2015-2018.jpgweb_BR-V_2017-2018.jpg


Pemilik kenderaan yang terjejas boleh mendapatkan pertukaran komponen berkenaan secara percuma di mana-mana pusat servis Honda yang sah. Tawaran ini turut diberikan kepada kenderaan yang sudah melepasi tempoh waranti.


Honda Malaysia memaklumkan bahawa stok alat ganti akan dihantar secara berperingkat ke seluruh negara.


Semak Status Kenderaan Anda Sekarang


Pemilik boleh membuat semakan sama ada kenderaan terlibat dalam panggilan semula menerusi aplikasi HondaTouch atau laman productrecall.honda.com.my

Baca: Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi

Tag:

Honda Malaysia
Panggilan Semula
Panggilan Balik
Honda Malaysia Recall
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026