Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Teaser Audi Q3 2026 Disiarkan, Bakal Dilancar 16 Jun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Audi Q3  2026 bakal  membuat penampilan globalnya pada 16 Jun ini memandangkan dua imej teaser telah disiarkan di media sosial baru-baru ini. Berdasarkan gambar berkenaan, ia menunjukkan  corak baharu lampu nyalaan siang LED berpiksel yang unik pada bahagian hadapan Audi Q3 2026 ini.

image.png

 Imej kedua pula menunjukkan sebahagian bahagian hadapan crossover baharu ini yang memperlihatkan rekaan badan baharu yang anggun dan aerodinamik.

image.png

Seperti biasa, imej teaser  tidak akan mendedahkan banyak perkara. Bagaimanapun, berdasarkan gambar intip dan penemuan prototaip yang sedang diuji baru-baru ini, sumber melaporkan bahawa Audi Q3 2026 baharu ini akan menampilkan rekaan badan baharu serta tiang-D yang lebih sporty.

Selain itu, Audi Q3 2026 baharu ini juga bakal menerima lengkungan roda yang lebih ketara untuk menyerlahkan jarak roda yang dipercayai telah dipanjangkan. 

Di bahagian belakang pula, sumber turut merujuk kepada gambar intip yang menunjukkan ia dilengkapi dengan diffuser belakang bergaya serta lampu belakang berbentuk bumerang.

image.pngimage.png

Selain itu, Audi Q3 2026 baharu ini dilaporkan akan berkongsi rekaan kabin  yang sama seperti model Audi A5. Ia dijangka menampilkan panel instrumen digital 11.9 inci, skrin infotainmen tengah 14.5 inci, serta paparan ketiga bersaiz 10.9 inci.

Dari segi mekanikal,  Audi Q3 crossover 2026 ini berkemungkinan hadir dengan enjin petrol (ICE) 1.5 liter dan 2.0 liter, bersama pilihan diesel 2.0 liter untuk pasaran Eropah.

Terdapat juga kemungkinan bahawa pencabar baharu Audi kepada Lexus LBX, BMW X1, Mercedes-Benz GLA dan Volvo XC40 ini akan menggunakan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) baharu yang sama seperti yang digunakan dalam VW Tiguan generasi terbaharu.

Untuk makluman, PHEV VW tersebut menawarkan jarak pemanduan elektrik sahaja sehingga 113 KM.

Melangkah masuk ke generasi ketiga, Audi Q3 dianggap sebagai salah satu model terlaris pengeluar kereta premium milik VW ini. 

image.png

Apapun, maklumat lanjut akan diumumkan selepas pelancaran rasmi model ini pada minggu depan.

Gallery

Tag:

2026 Audi Q3
Audi Q3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026