Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual  model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan gara-gara  peraturan pelepasan emisi  semakin ketat yang dilaksanakan di Eropah.

Hatchback hot ini telah ditarik keluar dari pasaran Eropah dan UK kerana piawaian pelepasan baharu Euro 6e-bis yang akan berkuat kuasa mulai 2026. DifahamkaN, piawaian ini tidak dapat dipenuhi oleh model FL5. 

Ini kerana Type R merupakan antara model Honda yang mencatatkan kadar pelepasan emisi paling tinggi di pasaran memandangkan ia menghasilkan karbon dioksida (co2) sebanyak 189 g/KM CO2, jauh lebih tinggi berbanding model Civic biasa yang cuma mencatatkan 114 g/KM.

image.pngimage.png

Untuk itu, Honda membuat keputusan untuk menghentikan model berkenaan. Sebaliknya,  satu edisi khas diperkenalkan iaitu Honda Civic Type R Ultimate Edition yang mana hanya 40 unit  dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

Sebanyak 30 unit diperuntukkan untuk seluruh Eropah manakala hanya 10 unit untuk pasaran UK. Bagi edisi khas ini, semua unit Type R Ultimate Edition diberi warna ikonik Championship White dengan garisan merah.

Ia sebenarnya unuk memberi penghormatan kepada warna dalaman merah tradisional Civic Type R. 

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah bahagian  dalamannya, ia dilengkap dengan pelbagai ciri termasuk kemasan  gentian karbon  di pelapik pintu dan sekitar konsol tengah.

Setiap pemilik juga akan menerima kotak hadiah mengandungi emblem bernombor siri, serta key ring gentian karbon, sarung kereta khas, dan set pelapik kaki buatan khas. 

Mengenai spesifikasi trenkuasanya, ia   masih menggunakan enjin turbo petrol 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 325 hp dan 420 Nm.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan harganya.

image.png

Jadi, ada kemungkinan besar, pihak syarikat  akan menggunakan system undian  seperti mana yang dipraktikkan oleh Honda Malaysia ketika hatchback ini tiba di Malaysia pada tahun 2023.

Gara-gara jumlahnya yang begitu  terhad,ia sekali gus mendorong pihak syarikat melaksanakan sistem undian.

Bagi peminat kereta ini di Eropah dan UK, nampaknya, mereka hanya tingga Toyota GR Yaris dan GR Corolla dalam segmen ini, manakala   GR Corolla dijangka akan dibawa masuk ke UK tidak lama lagi.

Gallery

Tag:

Honda Civic
2023 Honda Civic Type R FL5
Honda Civic Ultimate Edition
Honda Civic Type-R
Honda Civic Type R FL5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026