Link Copiedcheck_circle
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Stellantis_Maserati.jpg


Stellantis sedang mempertimbangkan penjualan jenama Itali, Maserati.


Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati, yang berakar umbi di Modena, Itali. Maserati terkenal dengan imej prestij dan prestasi tinggi, namun jualannya merosot sehingga 48% pada awal tahun ini.


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares, pernah mengakui bahawa Maserati berada dalam “kerugian” disebabkan oleh pemasaran yang kurang berkesan. Situasi ini menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan jenama ikonik tersebut dalam portfolio Stellantis.


Cadangan McKinsey


Walaupun Stellantis menafikan rancangan untuk menjual Maserati, laporan daripada Reuters memetik sumber yang mengatakan firma induk itu disarankan oleh konsultan McKinsey supaya mempertimbangkan penjualan jenama tersebut. Cadangan ini timbul susulan tarif import baharu yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang menjejaskan operasi Maserati.


Caricarz-Maserati-GranTurismo-2024-MYLaunch-5.JPGCaricarz-Maserati-GranTurismo-2024-MYLaunch-4.JPGCariCarz_Maserati-Grecale-GT-launch_-2.jpg


Buat masa ini, hanya beberapa model ditawarkan Maserati yang termasuk GranTurismo (atas kiri dan kanan) dan Grecale (atas).



Sumber lain pula mendakwa Stellantis telah mengarahkan McKinsey untuk menilai semua kemungkinan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi Maserati. Namun, McKinsey masih berada di peringkat awal kajian, dan keputusan muktamad dijangka tidak akan diumumkan dalam masa terdekat.


Perbezaan Pendapat Dalam Lembaga Pengarah Stellantis


Reuters turut memetik sumber yang menyatakan wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan ahli lembaga pengarah Stellantis mengenai hala tuju Maserati. Sebahagian pihak percaya Maserati masih mempunyai nilai sebagai satu-satunya jenama mewah dalam kumpulan tersebut.


Sebaliknya, ada juga yang berpendapat Stellantis tidak mempunyai sumber mencukupi untuk menyokong Maserati, terutamanya dalam usaha memperbaharui barisan modelnya. 


Barisan Model Maserati yang Terhad


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-072.jpg


Salah satu faktor yang menyumbang kepada tekanan ke atas Maserati ialah barisan produknya yang agak terhad. Baru-baru ini, Maserati menghentikan pengeluaran model sedan sport Ghibli dan SUV Levante. Pengganti kedua-dua model ini dijangka tiba pada tahun 2027 dan 2028.


Sejak itu, Maserati hanya bergantung pada SUV tunggalnya, Grecale, serta model GranTurismo dan GranCabrio yang ikonik, selain kereta sport MC20. 


Dalam situasi ini, Antonio Filosa, CEO baharu Maserati yang juga warganegara Itali, berdepan dengan cabaran untuk menentukan hala tuju jenama tersebut. Keputusan yang diambil beliau akan menjadi penentu masa depan Maserati dalam landskap automotif mewah dunia.

Baca: Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-035.jpg

Tag:

Stellantis
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

19-11-2025
EV

23-09-2025
Teknologi

23-09-2025
Berita Auto

27-08-2025
Global

30-07-2025
Global

17-07-2025
Global

08-07-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026