Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerjanya atau lebih 5,000 orang susulan penstrukturan semula syarikat secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah.

Menurutnya, semua pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula itu akan dimaklumkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Malah, syarikat petroleum dan gas negara itu juga akan membekukan kenaikan pangkat serta pengambilan pekerja baharu sehingga Disember tahun depan.

“Margin semakin mengecil, medan minyak pula semakin kecil.

Adik-Maut,-Abang-Parah-Volkswagen-Langgar-Pokok-Doa-(86).jpg

“Ia akan menjadi satu cabaran untuk memenuhi sasaran dividen dengan harga minyak semasa,” katanya dalam satu taklimat.

Pada taklimat media yang sama Tengku Muhammad Taufik sekali lagi menegaskan, Petronas tidak akan meninggalkan Kanada.

“Kanada tidak berada dalam radar keluar. Kami tidak akan meninggalkan Kanada. Kami akan terus mencari pendekatan baharu dan menerima sebarang kertas cadangan.

“Ini adalah sesuatu yang semula jadi dalam perniagaan dan (Kanada) merupakah sebuah negara sangat-sangat kaya dengan sumber asli,” katanya lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026