Link Copiedcheck_circle
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas pelbagai khabar angin dan gambar intip yang tersebar di media sosial, pengeluar automotif Korea, Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Julai ini.

Susulan itu, beberapa imej teaser model EV itu disiarkan  menjelang penampilan globalnya di Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung dari 10 Julai hingga 13 Julai di United Kingdom.

Menerusi imej itu, Ioniq 6 N baharu ini nampaknya dibangunkan berasaskan versi facelift, dimana menampilkan lampu utama LED bersama lampu siang LED DRL jenis nipis di bahagian atas. 

image.pngimage.png

Seperti dijangka, model N ini menerima kit badan yang lebih agresif, termasuk bampar hadapan sporty dengan saluran udara yang lebih besar serta bahagian hadapan berwarna hitam berkilat ala Ioniq 5 N.

Tertera juga logo Hyundai N di sekeliling kereta ini, termasuk di pintu belakang dan penutup tengah rim, di mana angkup brek berwarna merah turut kelihatan agak tersembunyi.

image.pngimage.png

Elemen reka bentuk utama lain yang dapat dilihat daripada imej teaser  ini adalah ia dilengkapi dengan sayap belakang gaya “swan neck”, spoiler  pada pintu but, serta warna cat Performance Blue ikonik Hyundai N yang menyelubungi kereta ini.

Untuk makluman, Ioniq 6 N telah dibangunkan selama beberapa tahun, dimana ia  diperkenalkan melalui kereta konsep Hyundai RN22e pada tahun 2022. Ia menunjukkan betapa bezanya  Ioniq 5 N berbanding kembarnya yang standard.

image.png

Jadi, kita boleh menjangkakan bahawa ia akan mempunyai perubaha yang serupa memandangkan  Hyundai menggambarkan model ini dibangunkan berdasarkan tiga perkara  iaitu Corner Rascal, Racetrack Capability, dan Everyday Sports Car.

Kita juga boleh menjangka Ioniq 6 N ini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor seperti kembarnya versi hatchback, yang mampu menghasilkan 601 hp (448 kW), atau sehingga 641 hp (478 kW) apabila mod N Grin Boost diaktifkan. 

Jadi ada kemungkinan, ia akan dilengkapi teknologi bunyi tiruan N Active Sound+ serta fungsi N e-shift seperti yang ditawarkan pada Ioniq 5 N ciri.I a sebenarnya seolah-olah mahu meniru rasa penukaran gear untuk pengalaman pemanduan  menyeronokkan.

image.png

Jika Ioniq 6 N menerima trenkuasa dan sistem mekanikal yang sama seperti Ioniq 5 N, salun EV berprestasi ini berpotensi mengatasi “hot hatch” kembarnya itu.  Namun begitu, ini hanyalah jangkaan, jadi lebih baik kita tunggu dan lihat sama ada ia akan menjadi kenyataan.


Maklumat lanjut mengenai Hyundai Ioniq 6 N baharu ini dijangka akan didedahkan menjelang debutnya di Goodwood pada 10 Julai 2025.

Gallery

Tag:

Ioniq N
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026