Link Copiedcheck_circle
Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi. Ia sudah pun diperkenalkan kepada umum baru-baru ini. 

Dikhabarkan, terdapat varian baharu yang akan menjadi model teratas dan dijangka menaikkan lagi penanda aras prestasi bagi nama lagenda kereta sport Amerika ini.

Model ini juga adalah antara  yang pertama menggunakan sistem plug-in hybrid (PHEV), serta pertama kali ditawarkan dalam pilihan pemanduan sebelah kanan (RHD).

Ia menggabungkan kehebatan ZR1 yang bertenaga luar biasa dengan E-Ray berkuasa elektrik, yang mana ia mampu menghasilkan pakej prestasi setaraf hypercar dengan kuasa hamburan setakat 1,250 hp!

image.png

Fuh, power lain macam.

Chevrolet Corvette ZR1X disumbat dengan enjin  V8 5.5-liter twin-turbo flat-plane sekali gus membolehkan ia menghasilkan  kuasa 1,064 HP dan 1,123 Nm. 

Sebanyak 160 HP dan 197 Nm kuasa tambahan  disumbangkan oleh sistem PHEV yang diambil daripada Corvette E-Ray. Ia terdiri daripada motor elektrik hadapan dan pek bateri 1.9 kWh.

image.png

Berbeza dengan E-Ray, sistem PHEV ZR1X ini menawarkan kuasa yang lebih tinggi dan boleh menyalurkan kuasa sehingga 257 km/j.

Gabungan kuasa ini turut dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar 8-kelajuan serta sistem pacuan semua roda elektronik (eAWD).

image.pngimage.png

Maka tidak hairanlah Chevrolet mendakwa Corvette ZR1X mampu memecut dari 0-97 kilometer sejam hanya  kurang daripada 2.0 saat. Pembuat kereta Amerika itu juga mendakwa bahawa Corvette ZR1X boleh melengkapkan pecutan suku batu (400 meter) dari keadaan pegun dalam masa hanya 9 saat.

Selain itu, dengan kuasa dan kelajuan sehebat ini, Corvette ZR1X juga mampu menghasilkan lebih daripada 1.0G daya lateral dan longitudinal. 

Apa yang cukup mengejutkan ialah prestasi setaraf hypercar ini datang daripada model produksi biasa, bukan edisi khas terhad.

image.png

Chevrolet tidak menetapkan penggunaan khusus untuk Corvette ZR1X ini, namun menyatakan ia lebih ditujukan untuk kegunaan jalan raya berbanding litar.

Turut disertakan ialah sistem brek yang dipertingkatkan.

Peralatan brek ini sememangnya mengagumkan dengan cakera karbon seramik 420 mm yang digenggam oleh angkup 10-piston buatan Alcon di bahagian hadapan. 

Sementara itu, ketika  ujian di Nürburgring, sistem ini mencatatkan daya nyahpecutan 1.9G dari 290 – 193 km/j di kawasan Tiergarten.

image.png

Seperti ZR1, ZR1X ditawarkan dalam dua varian. Pilihan ‘standard’ hadir dengan sayap belakang yang lebih kecil serta tayar Michelin Pilot Sport 4S, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum kira-kira 375 km/j.

Terdapat juga varian ZTK Package yang menawarkan daya tekan ke bawah lebih tinggi menerusi sayap belakang lebih besar, disusuli tayar Michelin Cup2R dan suspensi lebih tegar. Ini sebenarnnya membolehan ia adalah antara model paling sesuai digunakan di litar.

Satu lagi kelebihan  Corvette ZR1X ialah komputer dalaman pintar yang sentiasa memantau input pemandu dan keadaan kenderaan untuk mengoptimumkan gabungan kuasa. Ia juga menawarkan tiga strategi tenaga bagi memenuhi pelbagai situasi.

Untuk mod ini, pemandu boleh memilih antara mod ‘Endurance’ untuk sesi pusingan panjang, dan mod ‘Qualifying’ untuk mendapatkan masa pusingan terbaik. Terdapat juga fungsi ‘Push-To-Pass’ untuk mendapatkan kuasa maksimum secara pantas.

Mengenai harga pula, Chevrolet dilaporkan masih belum mendedahkan harganya. Namun, dijangka Corvette ZR1X baharu ini akan dijual pada harga lebih tinggi berbanding model ZR1 sedia ada yang bermula pada US$174,995 (kira-kira RM743,291).

Gallery

Tag:

Chervolet
Chervolet Corvette ZR1X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Global

Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,

17-06-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...

16-06-2025