Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sepang Jadi Hos Pusingan Pembukaan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Michelin-24H-Series-17.jpg


Perlumbaan ketahanan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026 akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada minggu pertama Disember 2025.


Jadual Perlumbaan dan Penyertaan


Sesi latihan dan kelayakan untuk Michelin 12H Malaysia akan diadakan pada 5 Disember, manakala perlumbaan ketahanan selama 12 jam akan berlangsung pada 6 Disember. Menurut penganjur, Creventic, pihaknya telah menerima lebih daripada 20 penyertaan untuk acara yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia. 


Mercedes-AMG-GT3-ViperNiza-Racing-(1).jpgMercedes-AMG-GT3-ViperNiza-Racing-(2).jpg


Antara pasukan tempatan yang turut serta ialah Viper Niza Racing, yang akan menurunkan dua jentera Mercedes-AMG GT3. Selain itu, beberapa pasukan terkenal seperti HRT, Muhlner Motorsport, Absolute Racing dan EBM juga dijangka akan bertanding. 


Michelin-24H-Series-12.jpgMichelin-24H-Series-10.jpg


Selepas pusingan pembukaan di Malaysia, siri ini akan diteruskan di Timur Tengah dengan perlumbaan Michelin 24H Dubai pada 9 hingga 11 Januari 2026 dan Michelin 6H Abu Dhabi pada 16 hingga 18 Januari 2026.


Reaksi Penganjur Terhadap Pemilihan Sepang


Pengurus Acara Komersial Creventic, David Vink menyatakan kegembiraan mereka dengan pengumuman ini, “Kami di Creventic amat teruja untuk mengumumkan lawatan pertama ke Litar Antarabangsa Sepang bagi pusingan pembukaan Michelin 24H Series Middle East. 


Michelin-24H-Series-7.jpgMichelin-24H-Series-14.jpg


Litar ini memang antara yang terbaik dalam sukan permotoran dunia, dan penambahan Sepang dalam kalendar kami menunjukkan aspirasi tinggi serta kepekaan kami terhadap permintaan pasukan dan pelumba,” katanya.


Beliau turut menambah, “Lawatan ke Sepang sudah lama dinantikan oleh pasukan-pasukan utama dalam siri Michelin 24H SERIES, membuktikan popularitinya. Kami sangat gembira dapat merealisasikan peluang ini dan menjangkakan grid perlumbaan yang sangat kompetitif dengan lebih 20 penyertaan sudah diterima.”

Michelin-24H-Series-8.jpg

Baca: UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Tag:

Michelin 24H Series Middle East 2025/2026
Michelin 24H Series Middle East
Michelin 24H
Litar Antarabangsa Sepang
Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Litar Drag Bernilai RM2 Juta Akan Dibina Di Sepang

Litar Drag Bernilai RM2 Juta Akan Dibina Di Sepang

Projek itu akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang.

30-10-2025
Berita Auto
Bukan Lagi SIC

Bukan Lagi SIC

SIC dijenamakan semula.

02-11-2023
Berita Auto
Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan

Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan

Jom meriahkan hujung minggu ini dengan menghadirkan diri ke Toyota Gazoo Racing Festival! Masuk percuma.

29-09-2023
Berita Auto
MSF Merdeka Race 2025 Berlangsung Di Sepang 31 Ogos – Ini Yang Menarik...

MSF Merdeka Race 2025 Berlangsung Di Sepang 31 Ogos – Ini Yang Menarik...

Bagi peminat sukan permotoran tempatan, MSF Merdeka Race 2025 bakal membuka tirainya hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang

28-08-2025
Berita Auto
Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang

Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang

Tindakan menghentikan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia, adalah satu kesilapan besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif.

18-08-2025
Berita Auto
MAM Malaysia Festival of Speed 2025 Bakal Gegarkan Litar Sepang Ogos Ini

MAM Malaysia Festival of Speed 2025 Bakal Gegarkan Litar Sepang Ogos Ini

MAM Malaysia Festival of Speed (MFOS) bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC).

23-07-2025
Berita Auto
Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!

Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!

Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

03-06-2025
Berita Auto
Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal

Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal

Perlumbaan berprestij dari Jepun, Autobacs Super GT 2025, bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang tahun ini!

06-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto
Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto
JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto
Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto
Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto
Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026