Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-1.jpg


Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi hibrid ringkas (MHEV) turbodiesel. Varian ini menggunakan sistem kuasa yang diambil daripada Toyota Hilux Hybrid 48V versi Eropah (EU).


Kuasa Hibrid Ringkas 48V Turbodiesel


Toyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-6.jpgToyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-11.jpg


Sistem MHEV ini menggabungkan enjin turbodiesel 2.8 liter empat silinder 1GD-FTV yang sama digunakan pada varian LC250 standard, bersama motor penjana elektrik 48 volt. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift dan sistem pacuan empat roda (4x4) Toyota dengan kunci differential belakang. 


Sistem hibrid ini memberikan kuasa tambahan kepada jentara sebanyak 16 hp (12 kW) dan tork 65 Nm, melengkapkan enjin turbodiesel yang menghasilkan 201 hp dan 500 Nm.


Seperti sistem MHEV lain, Land Cruiser Prado Hybrid 48V dilengkapi fungsi penjanaan semula tenaga melalui pembrekan (regenerative braking) yang mengecas bateri litium-ion 48 volt kecil ketika brek digunakan atau pedal minyak dilepaskan. 


Bateri dan penukar DC-DC direka dengan perlindungan kalis air dan debu, termasuk penapis khas untuk mengelakkan kotoran terkumpul, memastikan ketahanan dan prestasi optimum.


Keupayaan Off-Road Kekal Hebat


Toyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-10.jpgToyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-3.jpg


Walaupun menggunakan sistem hibrid, model ini mengekalkan kemampuan pemanduan lasak yang sama seperti varian standard, termasuk keupayaan meredah air sehingga 700 mm. Ini memastikan Land Cruiser Prado Hybrid 48V sesuai untuk pelbagai keadaan jalan dan cuaca.


Pengalaman Pemanduan Lebih Selesa dan Senyap


Gabungan enjin diesel dan sistem hibrid ringkas memberikan pemanduan yang lebih lancar dan selesa. Sistem hibrid membantu mengurangkan getaran dan bunyi enjin, setanding dengan varian petrol. Selain itu, sistem MHEV membolehkan fungsi start-stop enjin yang lebih pantas dan senyap, dengan pilihan mod Normal atau Long untuk pemandu.


Rekaan Kekal Lasak Dengan Sentuhan Moden


Toyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-5.jpgToyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-4.jpgToyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-12.jpgToyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-2.jpg


Dari segi rupa, Land Cruiser Prado 48V Hybrid mengekalkan imej lasak seperti model enjin pembakaran penuh. Varian ini turut hadir dengan warna luaran baharu, gangsa, rim aloi 20 inci dengan tayar all-terrain (AT), pelindung bawah badan plastik hitam, rel bumbung, serta bumbung panoramik. 


Pelancaran Land Cruiser Prado 250 48V Hybrid


Toyota merancang untuk memulakan jualan Land Cruiser Prado 250 48V Hybrid tidak lama lagi, dengan penghantaran dijangka bermula pada penghujung 2025. Di United Kingdom, semua varian LC250 akan beralih kepada enjin diesel MHEV ini tidak lama lagi. 


Di rantau ASEAN, Land Cruiser Prado 250 masih belum dilancarkan di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD). Kini, SUV off-road ini hanya dijual di negara pemanduan sebelah kiri (LHD) seperti Vietnam dan Filipina.

Toyota-LandCruiser-250-48VHybrid-Europe-7.jpg

Tag:

Toyota Land Cruiser Prado
Land Cruiser Prado
Land Cruiser Prado 250 48V Hybrid
Toyota Land Cruiser 250
Toyota Land Cruiser MHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Gaya Hidup

Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Pengalaman menelusuri Lebuhraya Karakoram antara salah satu jalan paling berbahaya di dunia dan dianggap salah satu keajaiban dunia kerana kesukaran untuk membina jalan ini daripada China ke Pakistan.

25-09-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026