Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Cars Malaysia  mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini, BYD ada memuat naik satu video pendek dengan kapsyen “Don’t worry, Be Capy =)” serta  diiringi dengan kesan tapak kaki capybara di tepi skrin iklan teaser itu. Tertera juga perkataan "Coming Soon".

Sebaliknya, tidak mendedahkan nama model secara rasminya. Capybara adalah haiwan yang lazimnya ditemui di Amerika Syarikat dimana BYD sedang giat mengembangkan kehadirannya, menerusi model Atto 2.

Namun setelah seminggu imej teaser itu disiarkan BYD akhirnya  mengesahkan bahawa model yang dimaksudkan itu adalah BYD Atto  2.

image.png

Untuk makluman, BYD Atto 2  ditempatkan di antara model hatchback Dolphin dan Atto 3 yang lebih besar dalam barisan kenderaan BYD. Dikenali sebagai Yuan Up di China, SUV segmen B yang kompak ini dibina berasaskan platform e-Platform 3.0 milik BYD.

Bagaimanapun, model ini sudah pun dilihat menjalani ujian di beberapa pasaran  seperti Thailand dan Australia, sekali gus menunjukkan ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia. 

image.pngimage.png

Apapun di sebalik pengesahan yang dibuat ini, timbul pula persoalan mengenai spesifikasi bateri mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

Secara global, Atto 2 ditawarkan dengan tiga pilihan bateri Blade.  Versi biasa dilengkapi dengan motor 70 kW (94 HP) dan tork 180 Nm. Ia disumbat dengan  bateri Blade 32 kWh. Gabungan ini mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 250 kilometer mengikut piawaian CLTC.

Namun, varian ini dijangka tidak akan dibawa masuk ke Malaysia memandangkan rakyat Malaysia mengutamakan jarak pemanduan walaupun untuk kegunaan dalam bandar, pelancaran model spesifikasi rendah seperti ini akan menjadi langkah yang tidak bijak.

Varian yang lebih berkemungkinan ditawarkan ialah seperti yang terdapat di Eropah dan Australia. Spesifikasi Eropah hadir dengan bateri 45.12 kWh yang menawarkan jarak 312KM (WLTP). Sementara itu, Australia menerima unit bateri lebih besar iaitu 51 kWh dengan jarak sehingga 350KM. Kedua-dua pilihan ini lebih sesuai untuk pasaran Malaysia.

Semua varian Atto 2 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan, yang mana ia mampu menghasilkan  kuasa setakat 130 kW atau 174 HP dan 290 NM tork.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/ jhanya dalam masa 7.9 saat, seklai gus menjadikannya antara model paling pantas dalam kelasnya.

image.png

Varian di Eropah dan Australia adalah berbeza dari segi ciri-ciri, namun Malaysia dijangka mengikut pendekatan dua varian ini.

Varian spesifikasi tinggi dilengkapi dengan skrin sentuh berputar bersaiz 12.8 inci, kamera pandangan sekeliling, pencahayaan ambien, pengecas tanpa wayar, serta tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi pemanasan. 

image.png

Di China, harga bermula sekitar RM62,000. Namun, dengan dasar harga EV Malaysia yang masih ditetapkan pada RM100,000, harga tempatan pastinya lebih tinggi. Dkhabarkan, Atto 2 dijangka akan dijual pada harga lebih rendah berbanding Atto 3, menjadikannya SUV paling mampu milik dari BYD Malaysia setakat ini.

Apapun kita tunggu pengumuman BYD sebaik ia dilancarkan secara rasminya nanti!


Gallery

Tag:

BYD
BYD Atto 2
BYD Dolphin
BYD Atto 3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026