Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta nasional, Proton akhirnya mendedahkan Proton X50 Facelift 2025  dimana versi ini menerima beberapa penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman. Untuk itu, pendaftaran minat (ROI) untuk model ini sudah pun dibuka walaupun ia masih belum dilancarkan secara rasminya.

Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.

Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 ditawarkan dalam  tiga varian, Executive, Premium, dan Flagship namun harga sebenar model ini masih belum didedahkan.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, Proton X50 terbaharu menampilkan reka bentuk luaran yang diperharui semula dengan gril dan bampar hadapan baharu, spoiler belakang yang lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu. 

image.pngimage.png

Melihat bahagian kabinnya pula, ia dilengkapi dengan paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, selain  dipertingkatkan dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna. 

Bahagian dalaman kenderaan juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium selain hadir dengan  bahan sentuhan lembut, konsol lantai terapung, column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah dan lampu suasana irama 72 warna.

image.pngimage.png

Selain itu, aplikasi PROTON Link 2.0 terkini dikatakan  meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan penghawa dingin dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis. Difahamkan semua ini  boleh diakses melalui peranti mudah alih.

Mengenai trenkuasanya, ia disumbat dengan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif.  Begitupun, Proton masih belum menjelaskan secara terperinci mengenai enjin baharu ini. 

Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu  memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus  mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. 

Dengan peningkatan ketara 4.7% dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.

Sementara itu, dari segi ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan canggih termasuk column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah, fungsi tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dengan Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS), sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan dan Kamera HD 360 darjah.

Antara kelengkapan lain ialah paparan telus bawah kenderaan 180 darjah memastikan X50 memberikan kecerdasan dan keyakinan di belakang roda.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah ia disokong dengan  penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dimana pemandu boleh menikmati pemanduan dalam keadaan tenang.

Sehubungan itu, pelanggan boleh memilih daripada empat warna sedia ada, Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver dan penambahan baharu yang menarik iaitu Teal Bayou Green.

Gallery

Tag:

Proton X50 Facelift
Advanced Driver Assistance Systems (ADAS)
i-GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Pengeluar kereta nasional, Proton, terus menunjukkan momentum positif dalam pasaran automotif Malaysia.

12-12-2025
Berita Auto
Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Kereta Baru
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma

Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.

06-07-2025
Berita Auto
Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?

Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?

Benarkah X50 akan datang bakal hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay? Ini kupasannya...

27-11-2023
Berita Auto
Fakta Menakutkan: Apa yang Berlaku Pada Kereta Anda Apabila Anda Terlelap Sesaat?

Fakta Menakutkan: Apa yang Berlaku Pada Kereta Anda Apabila Anda Terlelap Sesaat?

Jangan Biarkan 5 Saat Mengubah Takdir: Realiti Menakutkan Di Sebalik Microsleep.

08-06-2026
Pandu Uji
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025

7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025

Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.

05-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026