Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery Tiggo Cross ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

image.png

Chery Tiggo Cross ditawarkan dalam dua varian: Tiggo Cross Turbo (RM88,800) dan Tiggo Cross Hybrid CSH pula (RM99,800).

image.png

Sebagai makluman, kedua-dua varian ini sebenarnya dipasang secara tempatan di  kilang Inokom di Kulim, Kedah. 

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, ukuran saiz kedua-dua varian ini adalah sama. Kedua-duanya berukuran 4,318mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,670 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,610 mm. 

image.png

Melihat kepada ukurannya, ini  meletakkannya ia sama dengan SUV crossover subkompak lain seperti Honda WR-V, Perodua Ativa, dan Mazda CX-3. Pendek kata, Tiggo Cross adalah pesaing terdekat buat WR-V, Ativa dan juga Proton X50.

Sementara itu, bahagian wajah hadapan kedua-dua varian ini juga sama!

image.pngimage.png

Masing-masing hadir dengan lampu depan jenis LED, ada Follow Me Home, lampu depan automatik, lampu nyalaan siang hari dan lampu belakang jenis LED. Terdapat juga lampu kabus, di bahagian belakang, ada rel bumbung dan spoiler di belakang.

Dari bahagian sisinya, varian Turbo hadir dengan rim sebesar 18 inci manakala Hybrid pula  rim 17 inci.

Melangkah masuk ke bahagian kabinnya, kedua-duanya hadir dengan skrin berkembar masing-masing bersaiz 10.25-inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen kamera panaromik 540 darjah, sambungan Bluetooth, Apple CarPay dan Android Auto, Bantuan Suara Pintar dan masing-masing menerima enam pembesar suara.

image.png

Kelengkapan lain yang dikongsi bersama untuk kedua-dua varian Tiggo Cross ini adalah roda stering pelbagai fungsi, lampu suasana kabin, upholsteri kulit sintetik berwarna hitam, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W, terdapat dua port pengecas di depan dan satu port pengecas di belakang,

Mengenai ruang butnya, kedua-dua varian seluas 380 liter. Sebelum terlupa, kedua-duanya varian ini juga diberikan tayar ganti. Ini agak menarik kerana varian Hybrid diberikan tayar ganti memandangkan selalunya, kereta Hybrid cuma menerima kit baiki tayar.

image.pngimage.png

Untuk Tiggo Cross 1.5 Liter Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 147 PS dan 210 Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 10.3 saat tetapi dengan kuasa Sporty,.

Jika dibandingkan dengan varian Hybrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5Liter N/A dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat    96 PS dan tork 120Nm. Dengan adanya motor elektrik di hadapan, ia mampu menghasilkan kuasa 204 PS, 310 Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear khas untuk enjin hibrid (DHT). 

image.png

Varian ini pula jika menggunakan mod Sport, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.9 saat.

Mengenai mod pemanduan, varian Turbo didatangkan dengan Eco, Normal dan Sport manakala Hybrid hanya hadir dengan Eco/Sport. Bagi bab penggunaan bahan api, varian Turbo menawarkan penjimatan bahan api purata dengan catatan 6.3 liter untuk setiap 100 kilometer manakala Hybrid 5.4 liter/100 km. Malah, Chery mendakwa secara keseluruhannya, model ini sebenarnya mampu melakukan perjalanan sehingga 1,000 km.

Dari segi ciri keselamatan pula, kedua-dua varian cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Kedua-duanya dilengkapi dengan Sistem Bantuan Brek (BAS), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Kunci Keselamatan Kanak-Kanak, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TCS), Peringatan Had Kelajuan , Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Pemantau Titik Buta, Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Perlanggaran Depan, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Lintasan Belakang 

image.png

Bagi yang berminat, Turbo didatangkan dengan warna: Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White & Blood Stone Red manakala Hybrid, pula ditawarkan dengan  Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White & Moonlight Silver.

Mengenai waranti, kedua-dua varian  hadir dengan waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000 kilometer, sementara varian Hybrid didatangkan dengan waranti bateri, motor, unit kawalan Hybird (8 tahun/160,000km) dan turut ditawarkan dengan servis tunda 24 jam seminggu (7 tahun/150,000km).

Untuk tempahan awal, Chery Malaysia menawarkan pakej servis percuma selama dua tahun pada 2,000 pembeli terawal sebelum 30 September 2025.





Gallery

Tag:

Chery Tiggo Cross CSH
Tiggo Cross Turbo
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.

11-07-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.

24-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Kereta Baru

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026.

16-01-2026