Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cycle & Carriage Malaysia Lantik Adrian Short Sebagai CEO Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Cycle-&-Carraige-Malaysia-New-CEO-Adrian-Short.pngC&C-Logo.jpg


Cycle & Carriage Malaysia (C&C) mengumumkan pelantikan Adrian Short sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Thomas Tok Chek Kuan yang akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Mercedes-Benz di Cycle & Carriage Industries, Singapura.


Pengalaman Luas Adrian Short Dalam Industri Automotif Serantau


Sebelum dilantik sebagai CEO C&C Malaysia, Adrian Short memegang jawatan sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan di Cycle & Carriage Singapura. Beliau memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan organisasi terutama dalam sektor komersial dan mobiliti elektrik.


Sebelum itu, beliau juga mengetuai operasi Cycle & Carriage Myanmar, membawa pengalaman lebih tiga dekad dalam industri automotif Asia Tenggara, khususnya dalam segmen kenderaan mewah.


C&C-Cheras-PEUGEOT-Showroom-Launch---3.jpg


CEO C&C Malaysia yang bakal melepaskan jawatannya, CEO Thomas Tok (tengah) dan digantikan oleh Adrian Short.


Thomas Tok memuji sumbangan Adrian dalam membentuk strategi pembangunan perniagaan serantau Cycle & Carriage Singapura. Menurutnya, “Adrian telah berjaya menjalin kerjasama strategik dan membawa jenama baharu ke Cycle & Carriage Singapura. 


“Kefahaman mendalam beliau terhadap perniagaan, komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan, serta pengalaman luas dalam pengurusan pelbagai jenama menjadikan beliau calon tepat untuk memimpin Cycle & Carriage Malaysia ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.


Matlamat Adrian Short Untuk Masa Depan C&C Malaysia


Adrian Short berbesar hati menerima tanggungjawab untuk memimpin Cycle & Carriage Malaysia, sebuah syarikat yang telah bertapak kukuh di negara ini, “Pasaran Malaysia yang dinamik dan sentiasa berkembang memberi peluang besar untuk kami menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan dalam semua segmen perkhidmatan,” ujarnya.


Beliau juga menambah, “Saya bersemangat untuk meneruskan momentum yang telah dibina oleh Thomas, memperkukuh perniagaan Mercedes-Benz, serta meneroka peluang perkembangan baharu bersama portfolio Stellantis. Saya yakin dengan pasukan yang berkemahiran tinggi, kita dapat terus membentuk kecemerlangan dalam industri automotif di Malaysia.”

CycleCarriage-SungaiPinang-Autohaus-2.jpg

Tag:

Cycle & Carriage Malaysia (C&C)
C&C Malaysia
Adrian Short
CEO C&C Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026