Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang, menurut sumber terdekat.

Memetik kenyataan Free Malaysia Today,  notis yang telah dikeluarkan semalam itu membuka laluan kepada SRS Consortium, yang 60% kepentingannya dimiliki Gamuda, untuk memulakan pembinaan berskala penuh.

Projek itu meliputi jajaran 24km dari Komtar di George Town ke Pulau A bawah projek Pulau Pinang Selatan (PSI), dengan pembinaan 19 stesen dan kerja-kerja sokongan.

Notis ini menandakan permulaan rasmi kerja-kerja bagi projek LRT Pulau Pinang yang sudah bertahun-tahun tertangguh akibat pelbagai masalah.

Dengan ini, bermulalah kiraan detik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh enam tahun.

Kontrak bernilai RM8.31 bilion itu diserahkan pada Januari, namun kerja-kerja pembinaan tertangguh sehinggalah MRT Corp memberi kebenaran melalui NTP tersebut.

Kerajaan persekutuan mengambil alih projek LRT ini daripada kerajaan negeri melalui MRT Corp pada Mac tahun lepas.

Laluan Mutiara akan meliputi jajaran keseluruhan sejauh 29.5km dengan 21 stesen, menghubungkan sebuah pulau tambak berhampiran lapangan terbang ke Komtar, dan seterusnya melalui jambatan menyeberangi selat ke Butterworth. MRT Corp menganggarkan kos penuhnya RM13 bilion, dengan sasaran siap menjelang 2031.

Pembinaan segmen merentasi selat dari Macallum di bahagian pulau ke Penang Sentral di Seberang Perai akan bermula pada 2026, dan dijangka siap serentak dengan baki jajaran laluan tersebut.

image.png

Laluan ini dijangka dapat menampung 60,000 penumpang setiap hari pada peringkat awal, dengan jumlah penumpang jangka panjang dijangka mencecah 168,000 orang.


Gallery

Tag:

Gamuda Land
LRT Pulau Pinang
Penang Mutiara Line LRT Project
Mutiara LRT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Bermula Jan 2026, Tetap Diteruskan Walaupun Musim Perayaan

Kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara akan bermula pada Januari 2026.

19-11-2025
Berita Auto

LRT Pulau Pinang Bakal Dibina, Antara Projek Mega 2025

Nampaknya, projek LRT Pulau Pinang akan mendahului senarai projek mega 2025.

24-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026