Link Copiedcheck_circle
EV

Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini.  MPV tujuh tempat duduk ini merupakan EV pertama jenama itu yang dihasilkan di negara terbabit.

Di India, Kia Carens Clavis hadir dengan dua varian: Base (bateri 42 kWj) dan Long Range (bateri 51.4 kWj).

Ia yang menampilkan reka bentuk ala EV9 menawarkan jarak perjalanan maksimum sehingga 490 km.

image.png

Direka khusus untuk pasaran EV yang sedang berkembang, Carens Clavis EV baharu ini mengekalkan gaya futuristik seperti versi enjin pembakaran dalamannya, dengan falsafah "Opposites United" yang dipopularkan oleh SUV utama mereka, EV9.

Selain itu, ia juga hadir dengan lampu utama LED yang diinspirasikan daripada EV3, tiada gril manakala dport pengecasan berada  di tengah.

image.png

Antara kelengkapan lain, ia hadir dengan rim aloi baharu dengan reka bentuk aerodinamik tertutup ala EV9, lampu belakang LED berbentuk-L dengan lampu bar yang merentangi bahagian  belakang.

Walaupun mengekalkan susun atur tiga baris dan tujuh tempat duduk seperti model petrol, Carens Clavis EV diletakkan sebagai model yang sedikit lebih premium, memandangkan ia hadir dengan teknologi yang lebih canggih.

Menjengah bahagian kabinnya, jentera ini hadir dengan  skrin digital 26.6 inci yang menggabungkan skrin infotainmen dan  kluster meter digital, yang disertakan secara standard untuk semua varian.

image.pngimage.png

Bergantung pada varian, pembeli di India boleh menikmati ciri-ciri keselesaan seperti tempat duduk depan hadir dengan fungsi pengudaraan  pencahayaan ambien, bumbung suria panoramik, sistem audio Bose 8 pembesar suara, dan sehingga 20 fungsi ADAS yang menyokong pemanduan autonomi Tahap 2.

Untuk akses lebih mudah ke baris ketiga, Kia turut memperkenalkan tempat duduk "Boss Mode" pada barisan kedua, yang boleh dilipat dengan hanya satu sentuhan butang.

image.png

Untuk makluman, Carens Clavis EV menggunakan platform yang sama dengan beberapa model kecil dalam kumpulan Hyundai, termasuk Hyundai Creta Electric dan SUV Kia Seltos.

Varian base yang disumbat dengan  pek bateri 42-kWh serta terdapat satu motor elektrik dikatakan mampu  menghasilkan kuasa setakat 133 hp (99 kW) dan 225 Nm, serta jarak perjalanan EV sehingga 404 km berdasarkan piawaian MIDC India.

Untuk mereka yang inginkan jarak lebih jauh, terdapat juga varian Long Range dengan motor lebih berkuasa yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 169 hp (126 kW) dan 255 Nm, serta bateri lebih besar 51.4 kWh yang membolehkan jarak MIDC sehingga 490 km.

Kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, dan turut dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) untuk sokongan gaya hidup lasak.

image.png

Kia Carens Clavis EV serba baharu kini dijual di India pada harga antara Rs 17.99 lakh hingga Rs 24.49 lakh (RM88,929 hingga RM121,061), dan stoknya bergantung kepada wilayah masing-masing di India.

Tiada maklumat lagi sama ada model EV kompak ini akan dibawa masuk ke negara ASEAN atau Malaysia.

Gallery

Tag:

Kia Carens Calvis EV
Kia Carens Clavis EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026