Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kutipan Parkir MBPJ, MBSJ, MBSA & MPS Diserahkan Kepada Syarikat Konsesi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kemudahan-parking.jpg


Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor telah melantik Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi baharu untuk mengendalikan kutipan bayaran parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 1 Ogos 2025. 


Empat PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


Usaha Tingkatkan Kutipan Parkir


Selangor-local-government-and-tourism-EXCO-Datuk-Ng-Suee-Lim.jpg


EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, menjelaskan pelantikan ini merupakan langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil kutipan parkir yang kini hanya sekitar 30% daripada 1,000 petak parkir yang disediakan.


"Syarikat konsesi ini akan mengambil alih tugas mengutip serta penguatkuasaan bayaran parkir yang mana mereka akan dipantau ketat oleh PBT dan kerajaan negeri.


"Kita mensasarkan hasil kutipan parkir ini akan meningkat lebih 60 peratus selain dapat menyelesaikan masalah di kawasan yang sibuk sebagai contohnya, masalah 'double parking'," katanya.


Pembahagian Hasil Kutipan


mbsa-parking.jpg


Jelas Ng, hasil kutipan akan dibahagikan, iaitu 50% kepada konsesi manakala baki 50% diagihkan kepada kerajaan negeri, di mana PBT menerima 40% dan MBI Selangor 10%.


Proses Telus


Menjawab dakwaan tender tertutup, Ng menafikan dan menjelaskan bahawa kerajaan negeri melalui MBI Selangor telah mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) yang mendapat respon daripada 26 syarikat sebelum tiga syarikat disenarai pendek.


Syarikat terpilih dikenakan syarat ketat dan perlu meningkatkan hasil kutipan dalam tempoh tertentu. Jika gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, kontrak 10 tahun boleh ditamatkan pada bila-bila masa.


Tiada Kenaikan Caj Parkir


Beliau turut menegaskan bahawa pembaharuan ini tidak akan menyebabkan kenaikan kadar bayaran parkir yang masih kekal berpatutan, iaitu antara 40 sen hingga 60 sen sejam.

Sumber: Astro Awani

Baca: MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas

Baca: MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir

Tag:

MBPJ
MBSA
MBSJ
MPS
Parkir Selangor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Tutup Untuk Kerja Pembinaan Jalan Harapan

Info penutupan laluan sementara.

08-11-2023
EV

10 Pengecas EV Percuma Disediakan Di Shah Alam, Akan Ditambah

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma.

05-09-2023
Berita Auto

Diskaun Kompaun 70% Tapi Hanya Untuk Kompaun..

MBSA menawarkan kempen pengurangan saman sebanyak 70 peratus namun hanya untuk kompaun terpilih.

17-10-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026