Link Copiedcheck_circle
Global

Lakaran Mitsubishi Pajero Didedah Berdasarkan Gambar Intipan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, bakal menghasilkan sebuah model pengganti kepada SUV 4x4 ikonik mereka yang dikenali sebagai Pajero.

Malah, model berkenaan juga dipasarkan dengan nama ‘Montero’ atau ‘Shogun’ bergantung kepada pasaran. Apapun,  prototaip SUV 4X4 itu dilaporkan telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Eropah baru-baru ini.

image.png

Berdasarkan maklumat itu, artis render digital automotif tempatan Chin Swee Hoe atau lebih dikenali dengan nama ‘Theophilus Chin’ atau ‘@theottle’ telah menghasilkan gambaran visual SUV baharu itu.

Untuk kali ini, Chin menggunakan Nissan Patrol  kerana saiznya yang hampir serupa. Selain itu, beliau turut memasukkan elemen reka bentuk daripada model terbaru Destinator, iaitu SUV tiga baris tempat duduk yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

Untuk makluman, model Destinator diperkenalkan oleh Mitsubishi secara dalam talian  baru-baru ini.

image.pngimage.png

Model baharu ini diasaskan daripada SUV kompak XForce yang juga dibangunkan untuk pasaran ASEAN. Ia turut menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder MIVEC yang sama, namun dengan output yang dipertingkatkan kepada 161 HP dan 250 NM.

Berbalik kepada imej render Pajero, terdapat spekulasi dari sumber dalam talian bahawa versi produksi sebenar mungkin bakal menggunakan sistem plug-in hybrid (PHEV). Namun begitu, perkara ini bergantung kepada platform yang akan digunakan nanti.

image.pngimage.png

Dari segi platform, terdapat juga spekulasi bahawa model Pajero baharu ini mungkin diasaskan daripada seni bina CMF-C/D seperti yang digunakan pada Mitsubishi Outlander. Platform ini lebih sesuai untuk konfigurasi PHEV berbanding kerangka ladder tradisional.

Sebaliknyajika  Mitsubishi memilih untuk mengekalkan asas ladder frame seperti trak pikap Triton generasi terkini, enjin turbo diesel 2.4 liter yang digunakannya juga dijangka akan menerima penambahbaikan elektrifikasi suatu masa nanti – mungkin mirip Toyota Hilux MHEV sebagai perbandingan.

image.png

Segala spekulasi ini bakal terjawab tidak lama lagi kerana pelancaran rasmi SUV baharu ini dijangka akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Sementara itu, apa pendapat anda tentang visi terbaru Chin terhadap Pajero 4x4 SUV ini?

Gallery

Tag:

Mitsubishi Pajero
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Global
Mitsubishi Pajero Sport Facelift 2025 Kini Ditawarkan Di Thailand – Sentuhan Baharu Luar & Dalam

Mitsubishi Pajero Sport Facelift 2025 Kini Ditawarkan Di Thailand – Sentuhan Baharu Luar & Dalam

Thailand telah menerima Pajero Sport generasi ketiga versi facelift. Ini yang berbeza...

20-03-2024
Berita Auto
7 Kereta Dihempap Pecah! Perancah Besi Terjatuh Lagi, Kali Ini Di Cheras

7 Kereta Dihempap Pecah! Perancah Besi Terjatuh Lagi, Kali Ini Di Cheras

Peristiwa menakutkan ini dilaporkan terjadi pada pagi Selasa, dan kali ini menimpa tujuh buah kenderaan.

23-06-2021

Berita Terkini

Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026