Link Copiedcheck_circle
Global

Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.

Di sebalik itu, apa yang cukup menarik ialah ia mungkin digandingkan dengan transmisi manual.

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif Maserati, Santo Ficili berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kemungkinan untuk menyesuaikan produk mengikut kehendak pelanggan.

Ia merangkumi keseluruhan rangkaian Maserati. Saya membayangkan sesuatu seperti yang pernah kami lakukan dahulu, termasuk mempertimbangkan kerjasama dengan Alfa Romeo,” katanya kepada Autocar UK baru-baru ini.

Menurut laporan berita automotif itu,  Ficili memberi bayangan pertama bahawa model flagship super-GT edisi terhad ini bakal berdasarkan Maserati GranTurismo sedia ada.

image.pngimage.png

Malah, model ini juga akan melahirkan versi berjenama Alfa Romeo.

Pendekatan ini dijangka menyamai bagaimana Alfa Romeo 33 Stradale dibangunkan berasaskan sportscar enjin  Maserati MC20  yang baru sahaja dikemaskini dan dikenali sebagai ‘MCPura’.

image.png

Mengimbau kembali kolaborasi terdahulu antara kedua-dua jenama ini, Ficili menyatakan bahawa model istimewa seperti Alfa Romeo 8C Competizione sebelum ini dibangunkan berasaskan GranTurismo generasi sebelumnya, dan ia dibina di kilang Maserati di Modenaiaitu  lokasi sama yang turut menghasilkan Alfa Romeo 4C.

Pendek kata,  mana-mana model khas edisi terhad Maserati yang menggunakan trenkuasa Nettuno ini dijangka akan menampilkan angka kuasa yang lebih tinggi berbanding MCPura ketika ini.

image.pngimage.png

Bagi yang tidak tahu,  MCPura mampu menghamburkan kuasa setakat 621 hp dan 730 Nm.

Apa yang pasti, peningkatan kuasa ini berkemungkinan datang daripada sistem elektrifikasi tambahan iaiu dalam bentuk super plug-in hybrid (super-PHEV) seperti Mercedes-AMG GT 63 S E Performance. 

Sementara itu, ketua jurutera Maserati, Davide Danesin pula menyifatkan penggunaan bateri dalam sebuah supercar membuatkan ia bertambah berat  dan menjadikan kenderaan lebih kompleks.

Namun begitu, Danesin turut mengakui bahawa masih ada pelanggan yang mencari kereta manual.

“Transmisi manual adalah satu peluang. Saya tidak nampak ia sesuai untuk produksi besar-besaran, tapi kenapa tidak buat versi khas dengan kotak gear manual? Tiada sebab untuk kata tidak. Ia mungkin pilihan tepat untuk edisi terhad,” jelasnya.


Gallery

Tag:

Alfa Romeo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000

Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.

20-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025
Global

Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano

Rupa-rupanya kerajaan Itali tidak bersetuju dengan nama Alfa Romeo Milano.

17-04-2024
Berita Auto

Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.

09-03-2024
Berita Auto

Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022

Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.

27-12-2021

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026