Link Copiedcheck_circle
EV

Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Meta Bright Group Berhad menjalin kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan  sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Usaha sama ini dimeterai  melalui anak syarikat milik penuh Meta Bright, Meta Bright Energy Sdn Bhd, yang mana ia akan menubuhkan entiti baharu yang dinamakan Meta Bright Chargesini Sdn Bhd. 

Meta Bright akan memegang kepentingan sebanyak 51% , manakala  bakinya iaitu 49% dipegang oleh ChargeHere.

image.png

Bagi yang tidak tahu, ChargeHere sebenarnya dikenali dengan jenama ChargeSini. Syarikat ini mengendalikan rangkaian pengecasan EV terbesar di negara ini  menguruskan 935 titik pengecasan di lebih 400 lokasi, dengan 734 daripadanya telah beroperasi sepenuhnya dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Pengecas EV ini ditempatkan secara strategik terutama di pusat beli-belah, hotel, dan kondominium. Difahamkan,   lebih 32,000 pengguna aktif yang menggunakan kemudahan terbabit.

image.png

Di sebalik kerjasama ini, ia sebenarnya menyokong sasaran kerajaan untuk memasang 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025 di bawah Peta Laluan Peralihan Tenaga Negara. Beberapa lokasi keutamaan telah dikenal pasti di Johor, Pulau Pinang, dan Selangor termasuk Kuala Lumpur, Pahang, dan Melaka.

Bagi Meta Bright, langkah ini menandakan pengembangan strategik portfolio tenaganya dan mengukuhkan komitmen terhadap alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).

Dengan memanfaatkan kepakaran teknikal, kekuatan operasi, dan jejak sedia ada ChargeHere, kumpulan ini berhasrat untuk mempercepat kemasukannya ke dalam bidang infrastruktur EV.

Kerjasama ini juga dijangka membuka peluang pasaran yang lebih luas. Pembangunan teknologi bersama, aksesibiliti yang ditambah baik, dan rangkaian pengecasan yang boleh diskalakan adalah sebahagian daripada visi jangka panjang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Perancangan Korporat dan Strategik Meta Bright, Derek Phang, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pencapaian penting dalam aspirasi tenaga boleh diperbaharui kumpulan tersebut. 

image.png

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan yang dirancang akan meningkatkan kehadiran Meta Bright di bandar utama, sekali gus dapat membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap  pengecasan EV.

Gallery

Tag:

Meta Bright Group Bhd
ChargeSini
ChargeHere
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026