Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

515076516_1132523675570707_3468877225119994671_n.jpg


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara bermula malam ini, Jumaat, 4 Julai jam 10 malam hingga Sabtu, 5 Julai jam 6 pagi.


Tujuan Penutupan Perkhidmatan


Menurut pengumuman rasmi di laman Facebook JPJ, gangguan perkhidmatan sementara ini adalah bagi tujuan penyelenggaraan sistem portal MySikap dan perkhidmatan portal JPJ yang lain, untuk memastikan sistem berfungsi secara optimum tanpa mengganggu operasi harian pada masa akan datang.


Perkhidmatan Yang Terjejas


MyJPJ-App-(6).jpgimage-(39).jpg


Sepanjang tempoh ini, akses kepada semua perkhidmatan atas talian JPJ akan ditutup termasuk:

  • Portal MySikap (untuk orang awam dan rakan kongsi)
  • Integrasi antara agensi dan rakan kongsi
  • Portal Permit Kemasukan Kenderaan (VEP)
  • Portal Caj Jalan (RC) dan pembayaran melalui e-dompet
  • Aplikasi mudah alih MyJPJ
  • Portal dan aplikasi JPJeBID
  • Semua kiosk JPJ di seluruh negara

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini dan maklumat lanjut mengenai penyelenggaraan ini melalui laman web rasmi serta saluran media sosial JPJ.

Baca: Aplikasi MyJPJ Dipuji, JPJ Terima Anugerah Di Singapura

Tag:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
JPJ
mySIKAP
Penutupan Sementara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiada Lagi Istilah 'Nombor Habis' Di Kaunter JPJ Seluruh Negara

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi telah melaksanakan sistem pemberian nombor giliran tanpa had di semua pejabat dan cawangannya di seluruh Malaysia.

19-02-2026
Berita Auto

Motosikal Roda Tiga, Kenderaan Diubah Suai Haram Di Jalan Raya Tanpa Kelulusan JPJ

Orang ramai terutamanya petani di luar bandar diingatkan agar mendapatkan kelulusan sah daripada JPJ terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan atau motosikal roda tiga yang telah diubah suai.

25-08-2025
Berita Auto

Maqasid Syariah Jadi Panduan JPJ Dalam Menangani Isu Jalan Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dengan berlandaskan prinsip maqasid syariah.

17-08-2025
Berita Auto

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan.

07-07-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

JPJ Bakal Satukan Modul Kursus Teori Motosikal & Motokar

Kementerian Pengangkutan bakal menyatukan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi lesen motosikal dan motokar bermula 1 Ogos.

21-04-2025
Berita Auto

JPJ Bekukan Cuti 2,500 Anggota Sempena Ops Khas Raya 2025

Sempena Aidilfitri, cutis seramai 2,500 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia dibekukan.

20-03-2025
Berita Auto

Pertukaran Petugas Kaunter JPJ Seluruh Negara Bakal Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam fasa akhir untuk menentukan jumlah kakitangan yang akan terlibat dalam penggiliran tugas kaunter.

06-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026