Link Copiedcheck_circle
EV

Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua model EV terkini dari MG Motor, MG IM5 dan IM6, yang sebenarnya adalah versi jenama semula MG daripada subsidiari EV milik SAIC, IM Motor sudah dilancarkan pada acara Goodwood Festival of Speed 2025 yang sedang  di Goodwood Estate.

Mengenai IM5, model ini merupakan sedan fastback EV bersaiz sederhana yang disasarkan untuk bersaing dengan Tesla Model 3 di Eropah.

Ia  menampilkan garisan aerodinamik, rekaannya agak tajam, garisan bumbung yang licin serta pemegang pintu jenis tersembunyi hadir dengan pekali seretan serendah 0.226.

image.pngimage.png

Selain itu, ia hadir dengan  rim 19 inci  lampu belakang LED penuh lebar, bumbung kaca panoramik penuh, dan sebenarnya banyak lagi.

Menjengah bahagian kabinnya,, IM5 menampilkan reka bentuk yang cukup minimalis, diserlahkan oleh paparan bersaiz 26.3 inci yang merangkumi skrin infotainmen dan paparan meter, dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Terdapat juga skrin kedua 10.5 inci di tengah yang mengawal tetapan pemanduan dan penyaman udara.

image.pngimage.png

Antara ciri keselesaan lain termasuk tempat duduk yang hadir dengan fungsi pemanas dan berventilasi, sistem audio 20-pembesar suara dan  pengecas tanpa wayar 50W.

Beralih kepada MG IM6 pula, ia merupakan versi SUV crossover yang lebih tinggi dan praktikal daripada IM5. Ia menampilkan rekaan serupa  tetapi dalam bentuk badan yang lebih sesuai untuk para pembeli yang sudah berkeluarga sekaligus meletakkannya sebagai pencabar baharu Tesla Model Y di Eropah.

image.pngimage.png

Sebaliknya, susun atur dalamannya hampir sama seperti IM5, kerana mempunyai skrin 26.3 inci, skrin kedua 10.5 inci, serta ciri keselesaan kabin yang lain. Namun, sebagai SUV, IM6 menawarkan ruang kepala lebih tinggi dan ruang but 665 liter dimana ia dilihat merupakan pilihan ideal untuk pembeli yang sudah berkeluarga.

Selain itu, kedua-dua model ini ditawarkan dalam versi pacuan belakang motor tunggal (RWD) dan pacuan semua roda dua motor (AWD), dimana versi Performance mampu menghasilkan sehingga 742 hp (553 kW) dan tork 802 Nm. IM5 Performance boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.2 saat, manakala IM6 mencatat 3.5 saat.

image.png

Bagi bateri, IM5 ditawarkan dalam pilihan 75 dan 100 kWh, dengan varian Long Range 100 kWh mampu mencatat jarak maksimum 710 km dengan sekali cas. IM6 pula hanya ditawarkan dengan bateri 100 kWh, memberikan jarak 624 km untuk varian RWD Long Range.

Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, Ini bermakna, ia  hanya mengambil masa 17 minit untuk mengecas dari 10% ke 80%.

Mengenai harga, MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.

Walaupun baharu sahaja membuat penampilan di UK, kedua-dua EV ini sebenarnya sudah pun dijual di pasaran pemanduan kanan (RHD) seperti Australia dan Thailand.

image.png

Di sebalik ini, adakah Malaysia juga akan menerima kedua-dua model berkenaan? 

Gallery

Tag:

MG
MG IM5 EV
MG IM6
MG Motor
SAIC Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!

Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.

24-04-2025
EV

MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV

Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.

05-03-2025
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.

09-09-2024
Global

MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?

SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.

15-08-2024
EV

Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya

MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.

02-02-2024
Berita Auto

Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!

Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.

30-01-2024
Berita Auto

MG Motor Dedah MG5 X Edition dan MG4 101 Edition

MG Motor Malaysia sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, MG5 X Edition.

28-10-2025
Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025

Berita Terkini

EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026
EV

Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Kurang setahun selepas kemunculan sulungnya di Auto Shanghai 2025, Kumpulan Chery kini menggegarkan pasaran global dengan pelancaran varian elektrik sepenuhnya (EV) bagi trak pikap di bawah jenama Himla.

28-01-2026
EV

Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Arena MPV mewah kini semakin hangat dengan kemunculan Luxeed V9, hasil kolaborasi strategik antara gergasi teknologi Huawei (HIMA) dan Chery.

26-01-2026