Link Copiedcheck_circle
EV

TQ Wuling Bingo Bakal Dilancar Hujung Tahun Ini, Harga Bawah RM100,000, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Perodua EV Nanti?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

TQ Manufacturing (TQ) anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH atau Kumpulan), mengumumkan bahawa kenderaan elektrik (EV) TQ WULING Bingo versi pemasangan tempatan ini bakal dilancar suku keempat tahun dengan harga di bawah RM100,000 sahaja.

Harga ini  ditetapkan memandangkan kerja-kerja pemasangan kereta ini dibuat tempatan secara (CKD) di kilang pengeluaran kenderaan TCMH yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih dekat model Bingo EV,  pihak syarikat mengadakan sesi pratonton melalui siri jelajah#HelloTQWBingo Tour yang  sudah pun bermula sepanjang bulan ini. 

Berikut adalah lokasinya:

image.png

Untuk pasaran tempatan, ia akan ditawarkan dalam dua varian Long Range dan Premium Range dengan pilihan bateri 31.9 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 333 km dan bateri 37.9 kWj dengan jarak yang lebih tinggi iaitu 410 km, kedua-duanya berdasarkan standard CLTC. 

Dari segi pengecasan, TQ Wuling Bingo menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW serta pengecasan pantas DC (kadar belum diumumkan), di mana pengecasan 30% hingga 80% dikatakan boleh dicapai dalam masa sekitar 35 minit.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian dilengkapi motor elektrik yang sama yang dipasang di hadapan, menjana kuasa 68 ps dan 150 Nm.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan TQ Manufacturing Sdn. Bhd., Wan Wei Sun mengakui pihaknya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap TQ WULING Bingo EV sempena  Malaysia Autoshow yang diadakan di MAEPS, Serdang, pada Mei lalu.

"Jadi, kami mengadakan Siri Jelajah #HelloTQWBingo untu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kereta ini dan memahami mengapa model ini penting dalam menjadikan EV lebih mudah diakses oleh ramai rakyat Malaysia," katanya.

image.pngimage.pngimage.png

Difahamkan, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling) telah menjual lebih 2 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia dan merupakan peneraju global dalam teknologi EV kompak. 

Bateri eksklusif Wuling, MAGIC EV menawarkan tahap keselamatan tertinggi tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan dan mempunyai sijil IP67 iaitu  perlindungan tinggi terhadap habuk dan air, sekali gus memberi ketenangan minda kepada pengguna.

Untuk keterangan lanjut, layari www.tqwuling.my.



Gallery

Tag:

TQ Wuling Bingo
Wuling EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
EV
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV
MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.

08-05-2025
Global
Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...

26-08-2025
EV
EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
Global
Wuling Keluarkan Bateri EV Di Indonesia

Wuling Keluarkan Bateri EV Di Indonesia

Syarikat automotif China, Wuling, kini bukan sahaja mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia, tetapi turut mengeluarkan baterinya di negara tersebut di kilang yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.

03-01-2025
Global
EV Wuling Air: Spesifikasi Dan Harga Pasaran Indonesia Didedahkan, Bermula Dari RM74K

EV Wuling Air: Spesifikasi Dan Harga Pasaran Indonesia Didedahkan, Bermula Dari RM74K

Harga bagi kenderaan elektrik (EV) yang dikeluarkan untuk pasaran Indonesia, EV Wuling Air didedahkan.

13-07-2022
Global
Wuling EV Tembusi Pasaran Indonesia

Wuling EV Tembusi Pasaran Indonesia

Wuling EV membuat debut secara rasmi di Indonesia baru-baru ini.

02-06-2022

Berita Terkini

EV
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+  Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV
SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV
Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV
Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV
Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV
Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025