- Berita
- Berita Auto
- Warga Emas Maut Dihempap Pokok
Lagi maut dihempap pokok! Kali ini membabitkan seorang lelaki warga emas di Kilometer 34 Jalan Kuala Bera-Chenor semalam.
Difahamkan, warga emas berusia 65 tahun itu maut selepas dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal di lokasi terbabit.
Perkara itu disahkan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkiflee Nazir.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa, Kamar Seman,65, dalam perjalanan dari Kampung Batu Papan Tengah menuju ke rumahnya di Kampung Batu Papan, Bera.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.
Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya berdasarkan laporan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/