Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

999 Unit Proton X50 Facelift 2025 Diserah Kepada Pelanggan Dalam 5 Hari!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, dalam lima hari, Proton telah menyerahkan 999 unit Proton X50 Facelift 2025 kepada para pelanggannya, manakala tempahan untuk model itu sudah mencecah setakat 8,000 unit sejurus ia dilancarkan secara rasminya, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang mengakui pihaknya menerima  sokongan yang luar biasa daripada bakal pembeli kereta yang kagum dengan ciri-ciri yang ditawarkan pada Proton X50 Facelift 2025.

"Kami  memperoleh 5,000 tempahan dalam masa 10 hari sebelum Harga didedahkan, dan kini kami telah menerima tempahan secara kumulatif sebanyak 8,000 unit.

"Melihat sambutan itu, kami turut menyiapkan stok lebih awal bagi memenuhi permintaan sebaik sahaja pelancaran dibuat. Ini membolehkan kami berjaya menyerahkan 999 unit kepada pelanggan dalam tempoh lima hari bekerja," katanya.

image.pngimage.png

Dengan lebih 140,000 unit terjual sejak pelancarannya pada Oktober 2020, PROTON X50 merupakan SUV segmen B paling popular di Malaysia.

Proton X50 Facelift 2025 dilihat agak menarik berbanding versi sebelum ini kerana ia diengkapi dengan teknologi ADAS Tahap 2, enjin serba baharu, sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin bersaiz 14.6 inci, dan buat pertama kali hadir dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu.

image.png

Ia dikuasakan oleh enjin baharu i-GT 1.5 TD yang digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan sekali gus mampu menghamburkan kuasa setakat  133kW (181PS)dan tork  290Nm tork. Untuk itu, ia mampu  memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 7.6 saat, sambil menjanjikan peningkatan kecekapan sebanyak 4.7%.

Ia hadir dalam tiga varian iaitu:  1.5TD Executive  RM89,800,  1.5TD Premium - RM 101, 800 dan 1.5TD Flagship - RM113,300.

Bagaimanapun menerusi Gempak Deal, Proton menawarkan rebat tunai sebanyak RM4,000. Bukan itu sahaja, 10,000 pelanggan terawal ditawarkan dengan harga yang berbeza daripada harga asal dimana 1.5TD Executive (RM85,800), 1.5TD Premium RM97,800 dan Flagship RM109,300. Untuk makluman, pendaftaran perlu dibuat sehingga 31 Oktober ini.



Gallery

Tag:

Proton X50 Facelift 2025
Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026