Link Copiedcheck_circle
EV

Acura RSX Didedah Di Amerika, Bakal Dilancar Secara Rasmi Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Acura bakal menghidupkan semula nama RSX untuk model coupe crossover elektrik sepenuhnya.

Ini kerana selepas beberapa siri teaser dan khabar angin, jenama premium Honda itu akhirnya mendedahkan  prototaip Acura RSX EV namun apa yang menarik ia tidak sama seperti RSX yang kita kenali sebelum ini.

Daripada reka bentuknya, jelas bahawa RSX baharu meninggalkan rekaan liftback coupe berasaskan Integra DC5 milik pendahulunya, dan beralih kepada bentuk coupe SUV crossover yang lebih popular.

image.pngimage.png

Walaupun prototaip ini mengekalkan siluet coupe-SUV daripada konsep terdahulu, ia menerima beberapa ubah suai kecil untuk menjadikannya lebih realistik dan sesuai untuk pengeluaran.

Model ini hadir dengan bampar dan lampunya  telah dikemas kini, manakala keseluruhan SUV ini kini menggunakan rim bersaiz 21 inci berbanding rim besar 23 inci.

Antara ciri yang terdapat pada model ini adalah lampu depan jenis LED dengan lampu nyalaan siang hari yang  tajam, manakala bahagian hadapan tidak mempunyai gril.

Bagaimanapun, bahagian kabinnya masih belum didedahkan.

image.png

Namun, Acura telah mengesahkan bahawa RSX baharu ini akan dilengkapi Sistem Operasi Asimo baharu dari Honda, iaitu perisian yang direka untuk belajar daripada tabiat serta keutamaan pemandu, menyesuaikan pengalaman dalam kereta mengikut keperluan mereka.

Apa yang lebih menarik, RSX baharu ini akan menjadi model pertama yang dibina menggunakan seni bina EV global dalaman Honda, menggantikan platform berasaskan GM yang digunakan pada model EV Acura semasa.

Difahamkan, ia akan menampilkan konfigurasi dwi-motor dengan pacuan semua roda (AWD), bagi  memberikan pengalaman pemanduan yang responsif dan mengujakan.

image.png

Bagi membantu RSX mencapai matlamat itu, jurutera Acura telah memberikan talaan sporty pada sistem suspensinya, yang menampilkan konfigurasi double-wishbone di hadapan dan pusat graviti yang lebih rendah.

Kuasa membrek pula akan disediakan oleh Brembo, manakala pelbagai ciri keselamatan aktif turut dilengkapkan.

Acura RSX serba baharu ini akan membuat penampilan awam di Amerika pada acara The Quail, hari ini, diikuti penampilan di Pebble Beach Concours d’Elegance pada 17 Ogos.

Versi produksi EV SUV ini dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun 2026, dengan pengeluaran bakal dijalankan di Honda EV Hub di Ohio.

Gallery

Tag:

Acura RSX Prototype
Acura RSX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Acura RSX Kini Dilahirkan Semula Sebagai SUV Elektrik? Bukan Lagi Honda Integra

Acura RSX kini dikenali sebagai SUV sporty elektrik.

17-01-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV