- Berita
- Berita Auto
- Bahaya: Bas Henti-Henti Pun Lakukan Kesalahan, JPJ Sita 3 Bas
Percaya atau tidak, Jabatan Pengangkutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menyita tiga bas henti-henti dalam Ops Harian yang dijalankan di sekitar kawasan tumpuan pelancong di ibu negara, baru-baru ini.
Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata ketiga-tiga bas perkhidmatan awam itu didapati melakukan pelbagai kesalahan serius termasuk lesen kenderaan motor (LKM) yang tamat tempoh sejak April dan Jun 2025 serta sijil pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang luput pada Mei dan Jun lalu.
"Kesemua bas berkenaan dipandu oleh warga tempatan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan-peraturan berkaitan.
Menurut Hamidi, orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi seperti aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau e-mel [email protected] dengan butiran lengkap.
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/