Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bridgestone Turanza 6 Kini Di Malaysia – Lebih Senyap, Gerak Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-6.jpg


Bridgestone Malaysia memperkenalkan model tayar andalan (flagship) terbaru, Turanza 6, yang menjanjikan pemanduan lebih senyap, selesa dan stabil berbanding model sebelumnya, Turanza T005A. Produk kali ini dibangunkan hasil maklum balas pelanggan dengan penekanan terhadap pengurangan gangguan bunyi untuk keselesaan pemanduan yang maksimum. 


Teknologi ENLITEN™


Bridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-1.jpgBridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-3.jpg


Turanza 6 menampilkan teknologi ENLITEN™ yang mampu mengurangkan gangguan bunyi sehingga 8% dan meningkatkan keselesaan pemanduan sebanyak 8% berbanding model terdahulu.


Selain itu, tayar ini juga menawarkan cengkaman permukaan basah yang 14% lebih baik, agar pemandu dapat menyusur di jalan raya dengan lebih yakin walaupun dalam keadaan ekstrem seperti hujan lebat. 


Direka Khas Untuk Kenderaan Elektrik (EV) 


Bridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-4.jpgBridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-5.jpg


Yang menariknya, tayar Turanza 6 baharu ini direka khas untuk memenuhi keperluan kenderaan elektrik (EV). Rekaannya membuatkan rintangan pusingannya rendah (low rolling resistance), membolehkan EV bergerak lebih jauh dengan penggunaan tenaga lebih cekap. 


Tayar kali ini lebih lasak kerana mampu menahan tekanan daripada tork yang tinggi dan berat EV yang biasanya lebih tinggi berbanding kereta yang menggunakan enjin pembakaran. 


Komitmen terhadap Kelestarian Alam Sekitar


Dalam penghasilannya, Turanza 6 menggunakan kandungan bahan mentah yang lebih rendah berbanding model sebelumnya dan melepaskan kurang 16% karbon dioksida. Namun kualiti yang terhasil membolehkan tayar kali ini memiliki jangka hayat lebih panjang. 


Promosi Istimewa Pembelian Tayar Turanza 6


Bridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-2.jpgBridgestone-Turanza6-Tyre-Malaysia-7.jpg


Bridgestone Turanza 6 ditawarkan dalam pelbagai saiz dari 14 hingga 21 inci dan sudah mula dijual di semua cawangan Bridgestone sah di Malaysia mulai 1 Ogos 2025. Bagi memeriahkan pelancaran ini, Bridgestone mengadakan promosi khas hingga 31 Ogos 2025. Pelanggan yang membeli empat tayar Turanza 6 dalam satu resit menerima hadiah bantal selimut 2-dalam-1 edisi terhad. 


Maklumat lanjut mengenai saiz tayar, stok serta tawaran istimewa boleh didapati di laman web rasmi Bridgestone Malaysia.

Baca: Kedai Tayar Berkonsep Premium Bridgestone Dibuka Di USJ – Ada Ruang Santai

Tag:

Bridgestone
Bridgestone Turanza 6
Tayar EV
Bridgestone Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cari Tayar Senyap & Brek Mantap? Toyo Proxes Comfort Kini Di Pasaran, Dari RM279

Toyo Tires Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan ‘ahli keluarga’ terbarunya, Proxes Comfort, untuk pasaran tempatan.

10-02-2026
Berita Auto

Bridgestone Malaysia Buka Pusat Premium Baharu di Kuala Lumpur

Bridgestone Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan dengan pembukaan pusat Bridgestone Premium Kuala Lumpur yang terbaru.

26-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026