Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bufori CS8 Dilancar, 810 HP, Harga RM2,188 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bufori, jenama kereta mewah klasik buatan tangan Malaysia akhirnya melancarkan Bufori CS8 ke pasaran tempatan, petang tadi.

Ia yang merupakan coupe grand tourer mewah dijual pada harga RM2.188 juta.Super GT’ mewah ini yang setanding dengan Bentley Continental GT dan Aston Martin dikuasakan dengan enjin 6.4L supercharged V8 dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 810hp dan tork 973 Nm.

Dengan prestasi enjin V8 supercaj, ini  membolehkan CS8 memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.0 saat dengan kelajuan maksimum 330 km/j.

image.png

Dari segi saiz, Bufori CS8 berukuran 4,568 MM panjang, (jarak roda 2,609 MM), lebar 2,030 MM dan tinggi 1,292 MM. Selain kabin mewah kerana dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan, ia juga didatangkan dengan ruang but seluas 252 liter.

Ini membuatkan saiz Bufori CS8 sebenarnya hampir sama dengan Aston Martin dan Bentley  cuma sedikit lebih pendek, sempit dan rendah. Dari segi gaya, ia juga boleh dikatakan setanding, tetapi terpulang kepada anda untuk menilainya sendiri

Apa yang menariknya,  kebanyakan rekaannya dihasilkan secara buatan tangan di Kepong oleh para tukang tempatan menggunakan komposit hibrid karbon-kevlar iaitu satu ciri unik dalam pembuatan Bufori.

image.pngimage.png

Selain itu ia hadir dengan  rim tempa 19 inci, angkup brek berwarna merah, serta lampu utama automatik semua-LED, DRL dan lampu kabus yang dipadankan dengan  lampu belakang kuad LED yang tersendiri.

Beralih ke kabin, unit yang dipamerkan pada pelancaran hari ini menampilkan sepasang tempat duduk sporty yang boleh dilaraskan kepada lapan arah. Malah sebahagian besar papan pemuka dan panel pintu dibalut dengan kulit buatan tangan yang mewah.

image.png

Dari segi teknologi, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti sistem kemasukan tanpa kunci, stereng larasan kuasa, kawalan iklim automatik dwi-zon, sistem audio 6.1, pengecas telefon tanpa wayar, serta skrin infotainmen potret 13.6 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, unit pelancaran hari ini turut dilengkapi dengan pembaca kad tol Smart TAG, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kit alat Snap-On mewah bersama kit pembaikan tayar, serta perakam data.

image.png

Bufori juga menyediakan pelbagai sistem bantuan pemandu, termasuk kawalan jelajah adaptif (ACC), pemantauan titik buta, amaran dan bantuan lorong, serta kamera parkir 360 darjah dengan bantuan parkir depan dan belakang.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah beg udara dan kawalan kestabilan elektronik (ESC). Sudah tentu, tahap kelengkapan yang ditawarkan cukup meyakinkan, tetapi enjin kuasa dan casis berprestasi tinggi inilah yang meletakkan status ‘super’ GT.

Dengan pembinaan daripada komposit karbon-kevlar ringan, Bufori CS8 hanya mempunyai berat kenderaan sekitar 1,550 KG – hampir sama dengan Porsche 911.

Bagi yang berminat, anda perlu menunggu memandangkan setiap unit mengambil masa lebih 9,000 jam kerja untuk disiapkan.

Apa pula pendapat anda tentang super GT mewah buatan Kepong ini? Adakah anda lebih menggemarinya berbanding jenama kontemporari seperti Bentley, Aston Martin, Porsche dan Ferrari? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen…


Gallery

Tag:

Bufori CS8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026