Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

Suhana Veru

Kongsi melalui

3_GWM-PWCC.jpg

Bagi peminat SUV tegar di Malaysia, nama TANK 300 bukanlah asing lagi. Selepas mencetuskan fenomena dengan reka bentuk 'kotak' yang sasa dan jualan melebihi 1,000 unit sejak 2024, GWM Malaysia kini melangkah setapak lagi.

Hari ini, mereka rasmi melancarkan GWM TANK 300 HEV ,  sebuah jentera yang menggabungkan 'otot' off-road sejati dengan 'otak' teknologi hibrid yang menjimatkan.

Jentera Off-Road Sejati!

50_GWM-PWCC-(1).jpg

Dalam lambakan SUV moden hari ini yang sekadar 'acah-acah lasak', TANK 300 HEV tampil berbeza. Ia bukan SUV bandar yang disolek, tetapi dibina di atas casis ladder frame sebenar.

Menggunakan 99% keluli berkekuatan ultra-tinggi (1,500 MPa), struktur kenderaan ini direka untuk bertahan dalam rintangan kilasan yang ekstrem. Ringkasnya, bawa lah ia redah hutan, batu, atau lumpur, badannya tetap teggap dan stabil.

Kuasa Padu

Jangan keliru, perkataan 'Hibrid' pada model ini bukan bermakna ia kurang berkuasa. Malah, gabungan ini menghasilkan prestasi yang menakutkan:

  • Enjin 2.0L Turbo: 245 PS & 380 Nm

  • Motor Elektrik: 106 PS & 268 Nm

  • Kuasa Keseluruhan: 346 PS (255 kW) & 648 Nm Tork!

Dengan tork sebesar ini, pemanduan di bandar menjadi lebih senyap dan responsif (terima kasih kepada tork segera motor elektrik), manakala perjalanan jarak jauh menjadi jauh lebih menjimatkan.

Sarat dengan Teknologi 

Walaupun kini lebih mesra alam, DNA TANK tidak pernah luntur. Pengembaraan off-road anda akan dibantu oleh sistem mekanikal dan pintar yang canggih:

  • Sistem Pacuan 4 Roda On-Demand bersama gear rendah 4L.

  • 7 Mod Pemanduan: Normal, Eco, Sport, Snow, Mud, Sand, dan 4L.

  • Tank Turn Assist: Memudahkan pusingan tajam di ruang sempit.

  • Crawl Control (CCO): Membantu kenderaan bergerak stabil secara automatik di permukaan ekstrem.

Kabin Mewah Kelas Premium

Melangkah ke dalam kabin, anda mungkin lupa yang anda sedang berada di dalam sebuah jentera off-road. Suasana lasak di luar bertukar kepada kemewahan di dalam dengan:

  • Tempat duduk balutan Kulit Nappa yang empuk.

  • Sistem audio mewah Infinity dengan 9 pembesar suara.

  • Sistem infotaimen moden serta ciri eksklusif HEV seperti Kawalan Aplikasi Pintar (pantau kereta dari jauh) dan Bantuan Parkir Automatik.

Sistem keselamatan juga gred premium dengan penawaran ADAS Tahap 2 yang lengkap, termasuk kamera 360° dan fungsi brek kecemasan automatik.

Harga, Varian & Pakej Jaminan "Tanpa Risiko"

GWM TANK 300 HEV ditawarkan pada harga RM259,800 (Atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia). Istimewa untuk pelancaran, GWM menawarkan pakej pemilikan yang sangat berbaloi:

PerkaraPakej & Manfaat
Pilihan WarnaCrystal Black, Pearl White, & Sand Beige (Eksklusif HEV)
Rebat KesetiaanRM3,000 buat pemilik sedia ada GWM
Penyelenggaraan5 tahun percuma (termasuk alat ganti dan upah)
Jaminan Enjin & TransmisiSeumur Hidup (untuk pemilik persendirian pertama)
Jaminan Bateri Kuasa8 tahun / 180,000 km
Jaminan Kenderaan & HEV6 tahun tanpa had perbatuan

Official-KV.png

Bagi yang berminat,  GWM TANK 300 HEV kini sudah berada di pengedar terpilih GWM di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di www.gwm.com.my.

Tag:

GWM Malaysia
GWM Tank 300 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Berita Auto
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas  Di Malaysia

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto
GWM Haval H6 HEV

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa  Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026