- Berita
- Berita Auto
- Datuk Remy Ishak Jadi Wajah GAC Malaysia – Bakal Terima GAC Emkoo
Datuk Remy Ishak Jadi Wajah GAC Malaysia – Bakal Terima GAC Emkoo
Datuk Remy Ishak kini muncul sebagai duta jenama automotif GAC Malaysia
GAC Malaysia mengumumkan pelantikan personaliti terkenal negara, Datuk Remy Ishak sebagai duta jenama syarikat. Beliau kini mengiringi rakan duta sedia ada, Jack Lim, bagi memeriahkan lagi kehadiran jenama automotif dari China ini di pasaran tempatan. Pengumuman rasmi dibuat semasa acara “GAC & AION Showcase” yang berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama baru-baru ini.
Datuk Remy berkongsi keterujaannya menyertai GAC Malaysia. Menurut beliau, walaupun jenama ini masih baharu, rekaan yang berani, teknologi moden dan kehadiran mereka yang semakin kukuh di pasaran tempatan memberi kesan mendalam.
“Saya bangga dapat mewakili sebuah jenama yang bukan sahaja selari dengan gaya hidup dan aspirasi pemanduan saya, malah berani tampil berbeza. Saya menantikan perjalanan menarik bersama GAC Malaysia,” katanya.
GAC Emkoo CKD (kiri) dan GAC M8 PHEV (kanan).
Di acara yang sama, GAC turut memperkenalkan model-model terbaru yang bakal tiba di pasaran iaitu SUV segmen C GAC Emkoo dan SUV PHEV mewah GAC M8 di samping pameran model sedia ada, GAC Emzoom.
Proses pemasangan secara tempatan (CKD) bagi GAC Emkoo baru-baru ini telah dimulakan di TCMA, Segambut, Kuala Lumpur
Model GAC Emkoo yang pertama kali dipertontonkan secara rasmi oleh WTCA pada Februari 2024 kini sudah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) di TCMA, Segambut, Kuala Lumpur. Pra-tempahan bagi model ini kini dibuka dengan harga anggaran sekitar RM120,000 bagi varian Premium dan RM130,000 untuk varian Premium Pro.
Baca: GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000
GAC M8 PHEV
Sementara itu, MPV mewah elektrik hibrid GAC M8 PHEV turut dibuka untuk pra-tempahan. Model ini menawarkan jarak pemanduan gabungan terbaik dalam kelasnya iaitu sehingga 1,038 km. Dua varian ditawarkan dengan harga anggaran RM333,000 (Premium) dan RM380,000 (Luxury).
Datuk Remy Ishak dan Jack Lim bakal jadi pemilik terawal GAC Emkoo
GAC Malaysia mengesahkan bahawa kedua-dua duta jenama, Datuk Remy Ishak dan Jack Lim, akan menjadi antara pemilik terawal GAC Emkoo di Malaysia. Penghantaran rasmi bagi SUV segmen C ini dijangka bermula selewat-lewatnya pada akhir September 2025.
Baca: GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K
Baca: MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv