Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton  merekodkan jualan  sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas dimana angka itu dilihat meningkat 22.1% berbanding bulan sebelumnya.

Pencapaian ini mendorong jualan tahun hingga kini (YTD) kepada 85,674 unit untuk tujuh bulan pertama 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan Proton di tangga kedua dalam kedudukan jualan nasional.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang menyifatkan selepas prestasi kurang memberangsangkan pada bulan Jun, jualan model Proton meningkat hampir 2,500 unit atau 22.1% pada bulan Julai, memberikan syarikat permulaan yang hebat bagi separuh kedua tahun 2025. 

Pengenalan Proton X50 serba baharu telah memberi tumpuan kepada seluruh rangkaian produk kami dan PROTON berhasrat untuk mengekalkan momentum peningkatan ini dengan lebih banyak memperkenalkan model baharu serta pameran teknologidi  Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 dalam lima bulan terakhir tahun ini,

image.png

Angka jualan ini dilihat mencanak untuk bulan lalu disebabkan Proton X50 yang laku keras. Dengan 999 unit diserahkan dalam tujuh hari terakhir pada bulan tersebut, ia mengakhiri Julai dengan jumlah jualan melebihi 2,000 unit buat kali ketiga pada tahun 2025 dan mencapai angka 2,068 unit.

Sementara itu, Proton X90 dan Proton S70 meneruskan prestasi jualan kukuh untuk SUV segmen D dan sedan segmen C. 

Proton X90 merekodkan sebanyak jualan 229 unit manakala Proton S70 terus melebihi jangkaan dengan 1,404 unit dijual pada bulan Julai, menjadikan jumlah volum YTD berada pada tahap 10,750 unit.

image.pngimage.png

Selain Proton X50 serba baharu, Proton Saga turut mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini sempena ulang tahun ke-40 model tersebut pada 9 Julai. Untuk itu, sebanyak 6,638 unit Proton Saga terjual pada bulan lepas.

Apa yang cukup menarik ialah  umlah jualan eksport YTD kini adalah 2,258 unit, 44.1% lebih banyak daripada tahun 2024 dengan Proton X50 mengatasi Proton Saga sebagai model eksport paling popular.

image.png

Selain itu Proton e.MAS 7 menjadi model eksport ketiga yang popular dan dengan 20 unit lagi dieksport pada Julai, volum eksport YTDnya kini berada pada 270 unit. Manakala Julai menyaksikan 706 unit lagi (termasuk eksport) dijual menjadikan jumlah jualan YTD kepada 4,959 unit, dan mengukuhkan posisinya sebagai tawaran EV paling popular di negara ini.


Gallery

Tag:

Proton X50
proton saga
Proton S70
Proton Iriz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026