Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT, MRT Ke Langkawi Tak Masuk Akal Sebab Telan Kos Tinggi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

“Nak buat LRT dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ke Langkawi itu tidak begitu masuk akal!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook. Menurutnya, kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan membina laluan transit aliran ringan (LRT) atau transit aliran massa (MRT) dari tanah besar ke Langkawi.

Untuk itu,  cadangan membina laluan rel rentas laut dilihat tidak masuk akal kerana kos amat tinggi dan jarak yang jauh.

Beliau memaklumkan Dewan Rakyat bahawa jarak Kuala Kedah-Langkawi adalah kira-kira 50km, manakala dari Kuala Perlis-Kuah sekitar 30km.

image.png

“Nak buat LRT dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ke Langkawi itu tidak begitu masuk akal.

“Bayangkan nak bina jambatan rel sepanjang 30km dari Kuala Perlis ke Langkawi, itu sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Loke memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menambah baik kemudahan pengangkutan laut dari jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi.

“Kita ada cadangan lain untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi. Antaranya, kita sedang meneliti pengenalan feri yang lebih moden dan selesa untuk tujuan tersebut,” katanya.

Suhaimi Abdullah (PN–Langkawi) di Dewan Rakyat minggu lalu sekali lagi mencadangkan pembinaan laluan LRT atau MRT ke Langkawi, selepas cadangan awal pada 19 Sept 2023 ditolak Loke.

Loke ketika itu berkata cadangan terbabit mungkin sukar kerana merentasi lautan, dan Kementerian Pengangkutan belum menerima permohonan kerajaan Kedah untuk membina LRT di Langkawi.

Gallery

Tag:

Langkawi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rakyat Malaysia Serbu Langkawi, 56,267 Tiket Feri Terjual

Langkawi menjadi tumpuan bercuti semula memandangkan sebanyak 56,267 tiket feri ke Pulau Langkawi sudah terjual .

16-02-2026
Berita Auto

Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari depan.

12-10-2025
Berita Auto

Permodalan Kedah & RETD Korea Bekerjasama Bangun LRT Langkawi

PKB telah menandatangani MoU dengan RETD Korea untuk membangunkan pengangkutan awam, LRT di Pulau Langkawi.

03-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026