Link Copiedcheck_circle
Global

Peugeot 308 Generasi Ke-3 Versi Facelift Diperkenalkan – Lebih Menawan, Lebih Berkuasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Peugeot 308 generasi ketiga yang bakal memasuki usia ke-4 setelah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2021, kini tampil dengan wajah baharu yang lebih dramatik. Model yang dikeluarkan daripada  kilang Peugeot di Mulhouse, Perancis ini akan mula dipasarkan di Eropah dan United Kingdom dalam masa yang terdekat. 

Reka Bentuk Lebih Menawan

2026-Peugeot-308-3-copy.jpg2026-Peugeot-308-4-copy.jpg2026-Peugeot-308-SW-3-copy.jpg2026-Peugeot-308-SW-4-copy.jpg

Dari segi rekaan, kedua-dua varian hatchback dan wagon Peugeot 308 buat pertama kalinya menampilkan emblem Peugeot yang bercahaya di bahagian depan kenderaan. Aura sudut depan kelihatan makin menyerlah dengan gril baharu dan lampu DRL berbentuk ‘tiga garis cakaran’. 

Model ini juga kelihatan tegap dengan jalur cahaya yang terintegrasi dalam gril menghubungkan kedua lampu utama. Sistem radar tersembunyi kemas di bahagian belakang emblem untuk gaya lebih minimal tanpa mengorbankan aspek keselamatan. 

Kemas kini yang diberikan kali ini juga meningkatkan aerodinamik sekaligus membantu penjimatan bahan api dan tenaga. Komponen ambilan udara pada sudut bampar kali ini bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi mengalirkan udara ke bahagian dalam lengkungan roda. Rekaan ini menjadikan model 308 antara yang paling aerodinamik dalam kelasnya. 

Sudut belakang pula, kesemua versi kini menggunakan lampu ikonik ‘tiga garis cakaran’ yang dihubungkan melalui bar gelap yang memanjang menyerlahkan kelebaran jentera. Model ini ditawarkan dengan pilihan sama ada rim aloi 17 atau 18 inci dengan reka bentuk baharu. 

Kabin Moden & Canggih

2026-Peugeot-308-24.jpg2026-Peugeot-308-33.jpg2026-Peugeot-308-SW-22.jpg

Walaupun perubahan dalam kabin tidak terlalu ketara, Peugeot telah memperkenalkan grafik 3D baharu bagi sistem infotainmen dan instrumen digital. Reka bentuk kokpit i-Cockpit yang terkenal dengan stereng kecil dan kedudukan sistem kawalan yang mesra pemandu dikekalkan. 

2026-Peugeot-308-SW-7.jpg2026-Peugeot-308-SW-8.jpg2026-Peugeot-308-SW-19.jpg2026-Peugeot-308-SW-20.jpg2026-Peugeot-308-17.jpg2026-Peugeot-308-34.jpg2026-Peugeot-308-SW-29.jpg2026-Peugeot-308-SW-28.jpg

Ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk sistem audio premium 10 speaker Focal, pencahayaan ambien dengan lapan warna, tempat duduk dengan fungsi urutan dan juga kemudahan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA). Semua varian mendapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta beberapa port USB-C untuk penumpang hadapan dan belakang. Untuk kemasan, balutan kulit Alcantara ditawarkan pada varian yang tinggi. 

Peugeot 308 turut hadir dengan fungsi pra-pemanasan dan penyejukan yang boleh dikawal dari jauh menggunakan aplikasi MyPeugeot pada telefon pintar.

2026-Peugeot-308-SW-15.jpg2026-Peugeot-308-SW-14.jpg2026-Peugeot-308-SW-11.jpg2026-Peugeot-308-SW-25.jpg

Wagon 308 SW yang memiliki bumbung panjang terus hadir dengan ciri praktikal iaitu ruang but luas, menawarkan kapasiti 598 liter dan boleh diperluas sehingga 1,487 liter dengan tempat duduk belakang dilipat 40:20:40. 

Pilihan Enjin Yang Pelbagai

Peugeot mengekalkan pilihan enjin petrol hibrid ringkas (MHEV), diesel, hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV). 

Enjin 1.2 liter turbo petrol 3 silinder dan 1.5 liter diesel kini menghasilkan kuasa lebih tinggi, masing-masing dengan output 143 hp dan 128 hp. Varian PHEV menggabungkan enjin 1.6 liter 4 silinder dengan motor elektrik yang menghamburkan kuasa 192 hp, dengan bateri 17.2 kWj yang mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 85 km dengan kuasa elektrik, lebih tinggi berbanding 79 km sebelum ini. 

2026-Peugeot-308-SW-9.jpg2026-Peugeot-308-32.jpg

Semua varian enjin pembakaran dalaman dipadankan dengan transmisi dwi-klac enam kelajuan (e-DSC6) yang mempunyai motor elektrik, membolehkan kenderaan bergerak sehingga 50% masa dalam mod elektrik di kawasan bandar. 

2026-Peugeot-308-10.jpg2026-Peugeot-308-SW-21.jpg

Sementara itu, model elektrik e-308 pula menggunakan motor 154 hp digabungkan dengan bateri 55.4 kWj, menjadikan jarak pemanduan kini lebih tinggi iaitu daripada 408 km kepada 452 km. Sistem pengecasan pantas DC 100 kW membolehkan bateri dicas daripada 20% ke 80% hanya dalam 32 minit dan turut dilengkapi fungsi vehicle-to-load (V2L). 

Pelancaran & Pengeluaran

Peugeot 308 facelift ini dijangka akan mula ditawarkan di pasaran Eropah dan UK bermula musim luruh, dengan harga yang akan diumumkan kelak. Semua model masih dihasilkan di kilang Peugeot di Mulhouse, Perancis.


Tag:

Peugeot 308
Peugeot 308 Facelift
Peugeot 308 Facelift 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Apabila Teknologi & Nilai Estetika Bergabung: Ini Bagaimana Logo Peugeot Simpan 'Rahsia'

Apabila Teknologi & Nilai Estetika Bergabung: Ini Bagaimana Logo Peugeot Simpan 'Rahsia'

Logo generasi terbaharu daripada Peugeot kini bukan sekadar logo biasa.

29-03-2022

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026