- Berita
- Berita Auto
- Ramai Pemandu Warga Emas Maut Dalam Kemalangan, Ini Pula Kata PDRM
Ramai Pemandu Warga Emas Maut Dalam Kemalangan, Ini Pula Kata PDRM
Gambar Hiasan: Mediacorp
Tahukah anda, jumlah kematian pemandu berusia 61 tahun ke atas yang tinggi akibat kemalangan jalan raya menimbulkan persoalan sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk terus memandu.
Berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), hampir 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan peringkat umur itu direkodkan dalam tempoh enam tahun sejak 2019 hingga 2024.
Bagi tempoh berkenaan, seramai 19,812 pemandu warga emas dalam usia berkenaan, dilaporkan terlibat kemalangan jalan raya, sekaligus mengundang kebimbangan banyak pihak khususnya PDRM.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT),Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kematian terbabit adalah hasil dapatan pihaknya membabitkan pengguna jalan raya berusia 61 tahun ke atas.
Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 6,733 pengguna jalan raya warga emas maut, manakala 2,132 orang parah dan 10,947 lagi mengalami kecederaan ringan.
Daripada jumlah terbabit, seramai 13,597 pengguna jalan raya adalah mereka yang berusia 60 hingga 70 tahun terlibat dengan nahas manakala 6,215 lagi merupakan 71 tahun ke atas," katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagaimanapun,beliau menyifatkan bukanlah punca utama kemalangan, namun faktor keselamatan bagi pemandu warga emas perlu diambil kira dalam usaha mengurangkan insiden di masa hadapan.
“Tujuannya bukan untuk menghalang warga emas daripada memandu, sebaliknya bagi mewujudkan mekanisme menilai tahap kesihatan dan keupayaan memandu golongan ini supaya keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin,” katanya.
Mohd Yusri turut mengakui faktor budaya di Malaysia menjadikan sukar untuk menyekat pemanduan warga emas, memandangkan ramai yang menggunakan kenderaan untuk ke surau, mengambil cucu dari sekolah dan urusan harian lain.
Beliau menegaskan pendekatan yang diambil harus seimbang dengan penilaian kesihatan dan keupayaan memandu individu, bukannya berdasarkan umur semata-mata.
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/