Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kami di Carz.com.my dimaklumkan bahawa  pihak Chery Auto Malaysia iaitu syarikat induk kepada Chery Malaysia dan Omoda | Jaecoo Malaysia  bakal menambahkan satu lagi jenama atau sub-jenama baharu yang dikenali sebagai Lepas!

Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan pihak syarikat sudah pun memulakan  pengambilan pekerja secara besar-besaran menerusi online baru-baru ini.

Untuk itu, kami pada mulanya menjangkakan bahawa syarikat ini mahu memperkenalkan jenama Exeed melalui unit perniagaan anak syarikat baharu.

Namun, daripada maklumat terbaharu yang kami peroleh, ia rupa-rupanya  mahu membawa masuk jenama Lepas.

image.png

Malah, laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan  halaman tersebut serta profil pengguna yang mengikutinya, kami mengesahkan jenama Lepas sudah pun diwujudkan namun masih belum ada butiran terperinci mengenai perkara tersebut.

Buat masa ini, pihak Chery Auto Malaysia juga dilihat mengambil sikap berdiam diri. Namun begitu, kami yakin bahawa Lepas Malaysia TIDAK akan dikendalikan secara berasingan oleh pihak luar seperti mana Jetour Auto Malaysia. Namun, berikut adalah spekulasi yang boleh kami buat berdasarkan pemerhatian semasa.

Untuk makluman, syarikat gergasi automotif berpusat di Wuhu, Chery, telah melancarkan sub-jenama baharu mereka, Lepas, secara global pada bulan Mei lalu, sebelum berlangsungnya Auto Shanghai 2025. 

image.png

Jadi, pihak syarikat sudah bersedia untuk memperkenalkan   tiga model SUVnya iaitu – L8 (SUV tiga baris kategori D), L6 (SUV kategori C) dan L4 (SUV kategori A/B).

Bukan itu sahaja, jenama  Lepas telah membuat kemunculan pertamanya di peringkat antarabangsa dan serantau ASEAN semasa Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2025 (GIIAS 2025) yang berlangsung minggu lalu di Jakarta. 

Ketika acara itu, ketiga-tiga model SUV Lepas telah dipamerkan, dan ini memberi bayangan bahawa mereka   menarik pelbagai lapisan pembeli dari pasaran besar Indonesia.

Tidak terkecuali, laman Instagram rasmi @lepasmalaysia turut mendedahkan ketiga-tiga model SUV tersebut.  Apa yang menjadi persoalan sekarang  ialah bagaimana Lepas akan memikat pembeli, terutama dengan fakta seterusnya.

Di peringkat global, Lepas meletakkan dirinya sebagai jenama yang ‘muda’ dan ‘lebih premium’ berbanding jenama utama Chery, tetapi tidak se’mewah’ Jaecoo, Omoda ataupun sub-jenama elektrik sepenuhnya iCaur – yang kesemuanya turut hadir secara rasmi di bawah naungan Chery Auto Malaysia. Maka, terserahlah kepada anda untuk menilai di mana dan bagaimana kedudukan Lepas dalam kumpulan ini.

Sudah tentu, kami di Carz.com.my akan terus mengikuti rapat perkembangan Lepas Malaysia dan akan membawakan lebih banyak maklumat kepada anda sebaik sahaja kami memperoleh butiran terperinci.

Sementara itu, apa pendapat anda semua? Adakah anda bersedia menerima satu lagi jenama baharu dan pelbagai pilihan tambahan yang akan dibawanya ke pasaran? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen…

Gallery

Tag:

Chery Lepas L8
LepasL6
Lepas L4
Chery Malaysia
Chery Omoda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.

25-04-2025
Global

Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!

SUV ini dikatakan banyak berkongsi rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.

22-04-2025
Global

Chery Perkenal Model Pertama Dari Jenama Baharu, Lepas L8 – Tiggo 8 Plus Jadi Inspirasi

Chery Group, pengeluar kenderaan eksport terbesar China, terus agresif memperluaskan empayar automotifnya dengan pelbagai subjenama baharu.

22-04-2025
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026