Link Copiedcheck_circle
EV

Skuter Elektrik Harga Marhaen: Yadea RS20 Dijual Serendah RM4,998, Jarak Gerak 105KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar motosikal tempatan  MForce Bike Holdings Berhad (MForce) menawarkan satu lagi skuter elektrik Yadea RS20 pada harga mampu miik iaitu serendah RM4,998 namun tidak termasuk cukai dan insurans.

Harga yang ditawarkan itu turut meliputi jaminan selama dua tahun atau 20,000 km terhadap kecacatan pembuatan. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti tulen untuk skuter elektrik RS20 secara dalam talian melalui portal rasmi MForce.

Bagi yang berminat, skuter elektrik ini dikuasakan dengan motor elektrik dengan kapasiti 2.45 kW dimana ia menawarkan tork maksimum 107 Nm serta dua mod tunggangan (Eco dan Sport).

image.png


Namun, had kelajuannya ditetapkan hanya 50 km/j. Skuter ini dibekalkan dengan bateri 72 volt 22 Ah yang mana ia boleh dicas dari 0 hingga 100% dalam lapan jam, selain menawarkan  jarak gerak maksimum sehingga 105 km.

Kuasa membrek pula hadir daripada brek cakera hidraulik tunggal di bahagian hadapan dan brek dram mekanikal di belakang, kedua-duanya dilengkapi dengan sistem brek gabungan (CBS). 

Dari segi dimensi, RS20 berukuran 1,820 mm panjang, 666 mm lebar, 1,130 hingga 1,290 mm tinggi, serta mempunyai jarak roda 1,298 mm.

image.png

Jarak kelegaan tanah dihadkan pada 180 mm, manakala berat keseluruhan motosikal ini ialah 114 kg dengan bateri atau 72 kg tanpa bateri.

Dari segi rekaan, RS20 menampilkan gaya retro berbanding rupa futuristik model sebarisan dengannya, mengambil inspirasi daripada skuter retro ikonik, terutamanya daripada satu jenama Itali yang terkenal.

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan lampu penuh LED dan lampu isyarat, suspensi  teleskopik hadapan, penyerap hentakan berkembar belakang, rim 12 inci dengan tayar tubeless 90/80, dan banyak lagi.

image.pngimage.pngimage.png

 RS20 ditawarkan dalam tiga warna iaitu Khaki Grey, Roman Grey, dan Grey.

Walaupun harganya dilihat agak marhaen namun skuter elektrik RS20 ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden. Antaranya,  panel meter digital sepenuhnya yang boleh disambungkan ke telefon pintar anda melalui aplikasi mudah alih Yadea, membolehkan anda membuka kunci motosikal hanya dengan menggunakan peranti peribadi anda.

image.pngimage.pngimage.png

Kemudahan standard lain termasuk ruang simpanan hadapan, ruang simpanan bawah tempat duduk, rak belakang, suis keselamatan pada tongkat sisi, sistem kunci mekanikal, fungsi gear undur, port pengecasan USB-A, dan banyak lagi.


Gallery

Tag:

Yadea RS20 e-Scooter
Yadea RS20
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026