Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

67d50555gy1i40jdmoxgbj21900u0ncl.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27. Ketibaan model ini di Dubai jelas menunjukkan hasrat syarikat untuk mengembangkan pasaran eksportnya, khususnya di Timur Tengah yang terkenal dengan permintaan tinggi terhadap kenderaan pacuan empat roda berbadan ranggi serta sarat teknologi canggih.


Teknologi Hibrid REEV


67d50555gy1i40jdl1xb0j21c80u04di.jpg


SUV lasak yang mendapat jolokan ‘G-Class China’ ini dibina atas platform kenderaan elektrik jarak lanjutan (REEV), menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter 4 silinder sebagai penjana untuk menggerakkan motor elektriknya. 


Walaupun spesifikasi penuh belum diumumkan, Chery menjanjikan jarak elektrik sehingga 200 km (berdasarkan CLTC) serta penawaran varian pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD). Varian AWD dijangka mampu menghasilkan kuasa sehingga 335 kW (449 hp), meletakkanya dalam kelas SUV berprestasi tinggi.


Rekaan Ranggi Yang Menyerlah


67d50555gy1i40jdtdsisj21900u0e2g.jpg


Dengan panjang hampir lima meter, iCaur V27 boleh diposisikan dalam kelas yang sama dengan Mercedes-Benz G-Class serta Land Rover Defender 110. Rekaannya cukup menyerlah dengan dengan lampu LED berbentuk segi empat dengan lampu nyalaan siang (DRL) bulat, cermin sisi besar, lampu belakang LED menegak, bukaan but belakang jenis swing-out dengan kotak simpanan dan pelindung bawah badan yang tahan lasak. 


Versi yang dipamerkan di Dubai juga menampilkan ciri ‘klasik’ kenderaan pacuan empat roda yang lasak seperti  bumbung yang direka rata, lengkungan roda yang menonjol dan tayar simpanan di belakang. 


Kabin Berteknologi Tinggi


Walaupun reka bentuk dalaman masih belum didedahkan, iCaur V27 dijangka hadir dengan kabin yang sarat teknologi dan ciri mewah seiring model-model lain dalam rangkaian iCaur. Memandangkan iCaur merupakan kolaborasi antara Chery dan Xiaomi, teknologi pemanduan pintar Tahap 2 (L2 ADAS) serta sambungan pintar dijangka akan didatangkan sebagai ciri standard.


Pelan Pemasaran Global


67d50555gy1i40jdf1h91j21ct0tje4x.jpg


SUV ini akan mula dijual di China pada suku keempat 2025 dengan harga di antara RMB200,000 hingga RMB250,000 (kira-kira RM119,000 hingga RM149,000). Pengenalan model ini di Dubai menunjukkan bahawa  iCaur V27 bukan sahaja akan ditawarkan untuk pasaran China, tetapi juga bakal muncul sebagai antara model penting di pasaran global. 


iCaur Di Malaysia


67d50555gy1i40jdgzl4dj21eh0srx1p.jpg


Di Malaysia, jenama iCaur dijangka akan menembusi pasaran negara pada suku ini dengan model pertama, iCaur 03 EV. Model SUV segmen B ini pertama kali diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2025 dan bakal ditawarkan dalam dua varian pada harga sekitar RM145,000. Sebaik dilancarkan nanti, Malaysia bakal muncul sebagai pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama yang menerima iCaur 03. 

Baca: SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

Baca: Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

iCaur-03-iExperience-Drive-3-full_normal.jpg

Sumber: CarNewsChinaMenews247

Tag:

iCaur Dubai
iCAUR v27
iCaur SUV
iCaur REEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026