Link Copiedcheck_circle
EV

Xpeng P7 Gen Kedua, Sporty Habis, Pintu Kini Gaya Gunting

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Hanya beberapa minggu selepas membuat penampilan sulung di peringkat global, Xpeng akhirnya mendedahkan imej  Xpeng generasi kedua, P7 “Wing Edition, baru-baru ini.

Seperti mana namanya, varian khas P7 ini hadir secara standard dengan pintu gaya gunting yang sporty, serta beberapa ciri luaran dan dalaman tambahan berbanding model standard.

image.pngimage.png

Pintu gunting pada P7 Wing Edition baharu ini berfungsi hampir sama seperti model P7 Wing Edition sebelumnya, di mana pintu dibuka ke atas dan ke luar untuk memberikan rupa seperti sayap, terutamanya apabila dilihat dari sudut hadapan.

Menjengah bahagian  luarannya,  P7 Wing Edition baharu ini turut mendapat kemasan cat matte perak eksklusif, serta beberapa trim gentian karbon di bahagian luar seperti penutup cermin sisi dan fender. Selain itu, ia hadir dengan  rim tempa 21 inci baharu .

image.pngimage.png

Sementara itu, di bahagian kabin pula, P7 Wing Edition hadir dengan  warna baharu “Orange Radiance” dan tempat duduk sporty Dinamica yang dinaik taraf.

Warna oren ini dipadankan dengan beberapa trim gelap seperti ambang pintu bercahaya, serta trim gentian karbon tempa pada stereng, konsol tengah, dan banyak lagi.

image.png

Spesifikasi trenkuasa kekal tidak berubah daripada model standard, di mana P7 Wing Edition khas ini juga ditawarkan dalam dua varian seperti kembarnya yang tiada “sayap”. 

Varian pacuan roda belakang (RWD) bermotor tunggal menghasilkan kuasa 270 kW (362 hp), digerakkan oleh pek bateri LFP 74.9 kWh yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 702 km mengikut piawaian CLTC.

Bagi, varian pacuan semua roda (AWD) bermotor dwi pula, ia menghasilkan kuasa gabungan 437 kW (586 hp) dan jarak perjalanan sehingga 750 km CLTC hasil daripada pek bateri NMC berkapasiti lebih besar, iaitu 92.2 kWh.

Pra-jualan bagi Xpeng P7 Wing Edition serba baharu ini telah pun bermula di China, dimana ia dijual sekitar  400,000 yuan (RM235,028).

Dikhabarkan, model P7 yang standard menerima lebih 10,000 tempahan hanya dalam beberapa minit selepas pra-jualan dibuka, maka, edisi Wing ini juga dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan.


Gallery

Tag:

Xpeng P7
Xpeng P7 Wing Edition
Next-Gen Xpeng P7 Teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025
EV

Imej Xpeng P7 Generasi Terbaru Didedahkan – Pelancaran Suku Ketiga Nanti

Xpeng Motors mengesahkan bahawa model P7 generasi terbaru bakal membuat kemunculan global tidak lama lagi, dijangka seawal suku ketiga tahun ini.

16-05-2025
EV

Xpeng P7+ Dilancarkan Di China – Sarat Teknologi, Cecah 725 KM, Dari RM114K

Jenama EV China, Xpeng, akhirnya memperkenalkan model sedan elektrik fastback terbaru keluarannya, Xpeng P7+.

08-11-2024
EV

XPeng P7+ Bakal Dilancarkan Oktober Nanti – Lebih Canggih & Selesa, Sensor LOFIC Ganti LiDAR

Xpeng akan melancarkan sedan elektrik, P7+, lebih canggih dan selesa berbanding model sebelumnya. Ini spesifikasi P7+...

26-09-2024

Berita Terkini

EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
EV

Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?

Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

17-10-2025
EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
EV

EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini.

14-10-2025
EV

Ekosistem EV Malaysia Masih Belum Matang, Insentif Model Import Masih Diperlukan – MAA

Semasa pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, tiada sebarang pengumuman dibuat membabitkan duti import dan eksais untuk kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU).

13-10-2025
EV

Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*

Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.

12-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
EV

BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V

BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna.

10-10-2025