Link Copiedcheck_circle
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-16.jpg


BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua. Bukan EV biasa, model kali ini diberikan sentuhan rekaan yang lebih berani, serta teknologi canggih super quad-computer yang juga digelar superbrain.


Sentuhan Moden Yang Ikonik


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-51.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-47.jpg


BMW iX3 generasi kedua mempunyai ukuran 4,783 mm panjang, 1,895 mm lebar, dan 1,636 mm tinggi dengan jarak roda 2,898 mm. Walaupun kelihatan rekaan dan ukurannya kelihatan ‘berat’, model ini cukup aerodinamik dengan daya seretan serendah 0.24 Cd. 


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-40.jpg


Dari segi rekaan, iX3 tetap setia kepada konsep Neue Klasse X yang dipertontonkan tahun lalu. Ketua pereka BMW Group, Adrian van Hoodynk berkata, bahasa reka bentuk ini adalah tafsiran moden bagi identiti BMW yang akan terus dipakai dalam model-model akan datang, sama ada BEV atau enjin pembakaran dalam (ICE). Bahagian hadapan iX3 menampilkan gril kidney bersaiz kecil bersama lampu depan LED kembar, seperti pada model klasik BMW 1990-an. Sudut depan disempurnakan dengan komponen ambilan udara dan aksen bampar hitam berkilat.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-42.jpg


Dari sudut tepi, model ini kelihatan elegan dengan garis bahu lurus dan lengkungan roda yang agak petak (square-ish) yang menonjolkan kesinambungan rekaan konsep Neue Klasse X. Pemegang pintu jenis pop-out menggantikan pemegang rata yang digunakan pada model enjin pembakaran, manakala lekukan Hofmeister mengesahkan identiti BMW masih kekal sama.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-37.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-29.jpg


Bahagian belakang pula menampilkan lampu LED yang halus dengan motif yang unik. Turut dapat dilihat pada sudut ini ialah spoiler bumbung dan aksen bampar plastik hitam berkilat. Pembeli boleh memilih pakej M Sport yang menawarkan kit badan baharu, rim 20 hingga 22 inci dan pelbagai aksesori lain untuk imej lebih sporty.


Kabin Yang Futuristik


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-9.jpg


iX3 tampil dengan versi terkini iDrive iaitu Panoramic iDrive. Melalui sistem terbaru ini, BMW menghapuskan kluster instrumen biasa dan menggantikannya dengan paparan yang memanfaatkan sepenuhnya cermin hadapan kereta. Skrin ini memenuhi seluruh kepanjangan cermin hadapan, menjadikannya serupa dengan papar pandu (HUD) tetapi lebih besar, lebar dan imersif. Sistem ini berfungsi selari dengan tetapan yang dibuat melalui skrin 17.9 inci di bahagian tengah dan papar pandu (HUD) 3D (pilihan tambahan), dikendalikan oleh sistem operasi BMW terkini, OSX.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-18.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-33.jpg


Walaupun sarat dengan ciri digital, fungsi penting seperti kawalan pengelap cermin, signal, cermin sisi, audio, transmisi dan brek parkir masih dikawal secara fizikal. Model ini juga dipasangkan dengan stereng empat jejari dengan butang kawalan yang sensitif sentuhan. 


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-35.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-34.jpg


Kemudahan lain termasuk sistem audio Harman Kardon 13 pembesar suara, bumbung bulan (moonroof) panoramik, kawalan iklim tiga zon dengan corong pendingin hawa khas untuk barisan tempat duduk belakang dan audio pemanduan BMW HypersonX.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-48.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-49.jpg


Ruang kabin lima tempat duduk  iX3 cukup luas dengan ruang but 861 liter, yang boleh diperluas hingga 1,841 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.


Ciri Mekanikal & Prestasi BMW iX3


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-14.jpg


Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, varian pertama yang diperkenalkan untuk generasi terbaru ini ialah iX3 50 xDrive. Varian ini menggunakan tiga dua motor yang menggerakkan kesemua roda (AWD) menghasilkan kuasa 463 hp (345 kW) dan tork 645 Nm. Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam 4.9 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 209 km/j.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-43.jpg


Walaupun BMW belum mendedahkan kapasiti bateri, iX3 mampu dikatakan mampu menjelajah sehingga 805 km dengan satu cas penuh (WLTP). Platform EV 800 volt Neue Klasse membolehkan pengecasan pantas DC sehingga 400 kW, memberikan jarak 370 km selepas pengecasan hanya 10 minit.


Selain varian dua motor 50 xDrive, BMW juga sedang membangunkan varian asas dengan satu motor, dan juga varian berprestasi tinggi, M.


Superbrain BMW iX3


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-38.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-8.jpg


Ciri menarik lain yang membezakan iX3 daripada EV lain BMW ialah sistem komputer “superbrain” empat unit yang mengawal pelbagai aspek kenderaan termasuk dinamik pemanduan, sistem memandu autonomi dan lain-lain. Salah satu unit komputer tersebut dinamakan ‘Heart of Joy’ yang mengawal sistem trenkuasa, brek, pemulihan tenaga dan stereng untuk memastikan kualiti pemanduan BMW di tahap yang terbaik.


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-30.jpg


Satu unit superbrain lain pula bertanggungjawab ke atas fungsi ADAS dan bantuan parkir, membolehkan iX3 dilengkapi ciri Highway Assistant untuk pemanduan bebas tangan bagi tempoh panjang.


Sebagai sebuah kenderaan berasaskan perisian (SDV), BMW menyatakan iX3 akan terus menerima kemas kini perisian Over-The-Air sepanjang hayatnya.


Penghantaran BMW iX3 Bakal Dimulakan


BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-2.jpgBMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-6.jpg


Penghantaran iX3 generasi baru akan dimulakan di Eropah pada musim bunga 2026, diikuti pasaran lain kemudiannya. 


BMW menetapkan kilang baharu di Debrecen, Hungary sebagai pusat pengeluaran bagi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, manakala pasaran China akan menerima model yang dipasang tempatan di kilang Shenyang.

Baca: BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM

BMW-iX3-NeueKlasse-GlobalDebut-60.jpg

Tag:

BMW iX3
BMW iX3 Generasi Kedua
Neue Klasse
BMW iX3 50 xDrive
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

06-09-2025
Kereta Baru

25-04-2024
Global

21-03-2024
Gaya Hidup

15-12-2022
Berita Auto

07-10-2022
EV

Rahsia Di Sebalik Siri BMW

BMW mendedahkan sejarah asal-usul nama modelnya.

28-01-2022
Kereta Baru

Hadir Dengan Dua Varian, Inspiring dan Impressive

BMW Malaysia mengumumkan kehadiran BMW iX3 semalam.

25-10-2021
Kereta Baru

09-09-2021

Berita Terkini

EV

Hyundai Staria Electric Diperkenalkan – Cas 20 Minit, Cecah 400 KM

Selepas kejayaan barisan model IONIQ, kini tiba masa untuk MPV Hyundai Staria pula muncul dengan teknologi elektrik. Model yang dinamakan Staria Electric ini diperkenalkan di acara automotif Brussels Motor Show.

12-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026